Bekas Owner Crystal Palace Ni Maki Glazer, Bukan Woodward

Penyokong Manchester United sudah lama menyemai kemarahan ke atas keluarga Glazer dan Ed Woodward.

Sebenarnya ada sebab kukuh mereka meroyan dengan Glazer dan Ed Woodward. Ini bukannya kempen hangat hangat taik ayam ye.

Penyokong United sudah melancarkan kempen penentangan ke atas pemilikan mutlak Glazer ini sejak 2005 lagi. Pada hari Glazer mendapatkan hak pemilikan United.

Korang boleh baca artikel aku ni untuk info lebih lengkap:

https://semuanyabola.com/glazerout-manifestasi-kebencian-penyokong-manchester-united-ke-atas-parasit-kelab/

Sejak memiliki Man United pada 2005, keluarga Glazer itu telah menjadikan United kuda tunggangan mereka untuk mendapatkan wang. Malah mereka beberapa kali tak sehaluan dengan Sir Alex Ferguson.

Cuma masa tu, Sir Alex seorang yang degil dan berpengaruh membuatkan beliau memiliki banyak kuasa dalam keputusan akhir.

Sebaik sahaja Sir Alex bersara daripada pengurusan. Keluarga Glazer telah memberikan banyak kuasa kepada Ed Woodward sebagai pelaksana dasar mereka.

Banyak kuasa pengurus telah ditarik. Antaranya, pengurus hanya diberikan kuasa menghantar senarai pemain yang mereka mahu beli dan nak keluarkan.

Louis Van Gaal antara yang menyatakan beliau terkejut dengan beberapa signing yang bukan kehendak beliau.

Sebelum itu David Moyes tak diberikan sokongan lebih baik dalam perpindahan. Dan terpaksa melakukan pembelian panik seperti Marouane Fellaini.

Segala perbincangan untuk perpindahan pemain tidak melibatkan pengurus pasukan. Ini termasuk isu penetaoan harga.

Kadangkala pengurus tidak mendapat kemaskini maklumat pemain mereka inginkan.

Untuk pengetahuan korang, pengurus ni diberikan budget setiap musim. Tapi yang kejamnya di United budget itu dibelanjakan orang lain tanpa ada kuasa. Kecuali dalam pembayaran staf kejurulatihan dan pembayaran gaji pemain walaupun pemain itu bukan kurus yang inginkan.

Bekas pemilik Crystal Palace Simon Jordan telah ‘meletup’ dan menembak keluarga Glazer menerusi saluran talkSPORT.

Beliau menyatakan Glazer bagaimana menjadikan Manchester United menjadi entiti perniagaan yang menjana wang sahaja.

Aspek bola sepak bola diletakkan pada sudut yang sangat jauh tidak penting.

Korang bayangkan pada musim lalu Manchester United mengumumkan mereka ada 50 rakan penaja hasil daripada kejayaan Ed Woodward dalam mencari penaja.

Beliau berkata: “Masalah terbesar ialah Glazers! Mereka telah meletakkan Woodward di tempatnya.”

“Tugasan Woodward sekarang adalah berdasarkan yang mereka minta, dan belia sedang membina United menjadi jenama mencetak wang.”

Jordan tidak bersetuju bahawa Woodward bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerosakan pada Man Utd sekarang.

Hal ini kerana menurut Simon, seorang eksekutif itu melaksana tugas dan dasar yang ditentukan pengerusi ataupun pemilik.

Namun begitu, kita semua tahu bahawa Woodward telah terlibat dalam membantu Glazer membida perjanjian untuk membeli United.

Dia kini bertindak sebagai boneka mereka untuk menjadikan MUFC sebagai satu juggernaut komersial yang lebih besar.

Jadi apa pandangan korang? Adakah korang rasa tak adil nak salahkan Woodward? Ataupun memang dia patut kena maki?

Namun kalau aku, aku still rasa Woodward pun kena bertanggungjawab. Beliau sebelum ni sudah berikrar nak mencari Sporting Director. Tapi mana?

Sekurang kurangnya beliau fokus kat mencari penaja dan Sporting Director menguruskan isu berkaitan pentadbiran bola sepak.

Ketika ini Wooward dibantu Matt Judge. Nanti aku cerita pasal mamat ni.