Bekas pemain Wolves dan Sunderland, Greg Halford mengejutkan netizen apabila dia memuat naik video menunjukkan dia membuang kesemua barangan bekas isterinya yang kantoi curang dari rumah mereka.
Dia malah menulis status dengan nada mencarut ke arah bekas isterinya itu.
Halford yang baru berusia 38 tahun, pernah bermain dengan beberapa kelab di England. Dia bermain untuk kelab seperti Reading, Sunderland dan juga Wolves.
Dia tidak begitu menjadi perhatian ketika bermain. Namun kali ini dia menjadi perhatian netizen kerana membuang barang barang isterinya dari tingkat atas rumah mereka.
Antara barangan yang dia buang termasuk kasut berjenama dan juga lagi barangan lain.
Dia menulis: “Dah lama sangat dah [nak buat], akhirnya dapat juga bersihkan barang barang bekas si *alat sulit wanita* yang curang.”
Been far far to long but finally clearing out the cheating c**t ex stuff. 🙌 pic.twitter.com/HGAzfgcCx4
— Greg Halford (@GregHalford15) January 21, 2023
Di ruangan komen ada juga mengecam tindakan Halford itu dan menyatakan bahawa: “Kamu harus siasat dulu, kenapa dia curang dengan kamu. Nampak sangat ada benda yang kamu tak berikan dia kepuasan. Harap dia jumpa pasangan hidup yang memberikan dia kepuasan lepas ni.”
Seorang lagi berkata: “Dramatik je lebih ni, kotak kasut tu kosong je pun, saja nak jiran kau dengan orang seluruh dunia tahu [tentang kasut mahal].”
Ada juga menyatakan: “Bro, kotak kasut tu kosong kan? Walaupun saya bukan pakar tentang hal ehwal pindah rumah ni, namun biasanya kes maacam ni, kasut tu dah ada kat rumah pakwe baru dia.”
Namun ada juga yang bersimpati dengan Halford. Mereka menyatakan bahawa, Halford hilang kewarasan sebab terlalu sayangkan isterinya. Dia kecewa sebab dicurangi.
Selain itu seorang lagi mendoakan Halford lepas ni akan bertemu dengan wanita lebih baik.