Bekas Pemain Everton Koyak Pada Video Ancelotti Yang Sebenarnya Fake & Disunting

Bekas pemain Everton, Luke Garbutt telah koyak pada footage yang sudah disunting.

Luke Garbutt dilepaskan oleh Everton setelah 11 tahun di kelab tersebut.

The Toffees mengumumkan bahawa pemain berusia 27 tahun itu akan pergi setelah tamat kontraknya — setelah menghabiskan musim 2019/20 secara pinjaman dengan Ipswich.

Garbutt mengucapkan selamat tinggal kepada Everton selepas bersama kelab itu selama 11 tahun.

“Hari ini secara rasmi kontrak saya di Everton kini telah tamat setelah berada di kelab selama 11 tahun!”

“Kelab ini telah menjadi sebahagian besar dari hidup saya, dan saya bangga untuk mewakili. Terdapat banyak turun naik yang tidak dapat saya kendalikan. Everton semoga berjaya untuk masa depan.”

 

Dalam satu video yang tular, memaparkan kononnya Carlo Ancelotti sama sekali tidak tahu siapa Luke Garbutt ketika ditanya tentang pemain itu.

Dalam video tersebut, semasa sidang media, Ancelotti merasa bingung ketika ditanya oleh seorang wartawan mengenai keputusan untuk melepaskan pemain itu.

Ramai yang menganggap ianya kelakar dan membuktikan bahawa, itulah jawapan yang menunjukkan mengapa bek kiri tidak ditawarkan lanjutan kontrak di Everton.

Garbutt tidak bermain untuk pasukan pertama sejak 2015 dan hanya membuat 12 penampilan keseluruhan untuk kelab.

Dia menghabiskan sebahagian besar waktunya dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan pinjaman di Fulham, Wigan, Oxford dan paling baru di Ipswich.

Garbutt menertawakan reaksi Ancelotti di Twitter dengan nada agak kecewa dan koyak.

Garbutt mengatakan: “Jangan putar belit. Saya memilih untuk mencari sisi lucu pemain lain ketika mereka merasa tidak dihormati oleh kelab dan pengurus.”

 

Dia berkata: “Hari ini secara rasmi kontrak saya di Everton kini telah tamat setelah berada di kelab selama 11 tahun!

“Kelab ini telah menjadi sebahagian besar dari hidup saya, dan saya mempunyai kebanggaan untuk mewakili. Terdapat banyak kenaikan dan beberapa penurunan yang tidak dapat saya kendalikan. Everton semoga berjaya untuk masa depan. ”

Lebih teruk apabila Luke Garbutt memuat naik golnya untuk mengingatkan Ancelotti tentang dirinya, dan meminta pengurus itu lebih menghormatinya sebagai pemain.

Namun seorang peminat bola sepak mendedahkan bahawa footage itu adalah disunting.

Mana mungkin Carlo Ancelotti sebiadap itu kepada para pemainnya. Carlo merupakan pengurus yang sangat menghormati para pemainnya.

Ternyata soalan yang diajukan kepada Ancelotti adalah tentang, apa faktor yang membuatkan Ancelotti memilih untuk menerima tawaran menjadi pengurus Everton.

Ancelotti yang kebingungan bertanya: “Who?” – dia tidak jelas dengan soalan dan ingatkan wartawan yang menemubual menerusi zoom itu bertanya tentang pemainnya.

Baca yang lain