Pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali dilaporkan sudah ada senarai calon untuk menjadi pengurus baharu Chelsea.
Kieran McKenna adalah calon utama Eghbali untuk menjadi pengurus Chelsea. McKenna membantu Ipswich Town naik ke Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dia dianggap calon terbaik membangunkan ramai bakat muda yang berkualiti di Chelsea. McKenna sebelum ini pernah bekerja di Manchester United sebagai pembantu jurulatih ketika era Jose Mourinho.
Dia menjadi pembantu kepada Ole Gunnar Solskjaer. McKenna pernah menjadi interim sementara menunggu Ralf Rangnick untuk menjadi pengurus – juga secara interim.
Dia kemudian meninggalkan Man United untuk menerima jawatan di Ipswich Town dan menjadi pengurus yang memenangi hati peminat kerana mengubah pasukan itu kepada pasukan yang bermain intensiti tinggi.
McKenna turut menjadi sasaran beberapa kelab lain di EPL pada masa ini. Ini termasuk bekas kelab lamanya, Man United yang memantau perkembangannya.
Selain daripada Kieran McKenna, 3 lagi nama dalam senarai Chelsea adalah, Thomas Frank dari Brentford, kemudian Vincent Kompany – kedua dua nama tersebut menjadi sasaran Bayern pada masa ini.
Nama pengurus Stuggart, Seb Hoeness juga dalam senarai Eghbali untuk dilantik di Stamford Bridge. Namun pengurus tersebut dikatakan mahu terus fokus dengan kelab semasanya.
Seorang lagi pilihan yang dianggap lebih muda iaitu Roberto De Zerbi yang tidak ada kelab setelah meninggalkan Brighton.
Namun begitu, De Zerbi meninggalkan Brighton setelah tidak sehaluan dengan presiden kelab berkaitan dengan strategi perpindahan dan meminta kuasa penuh dalam jual beli pemain.
Agak menarik jika Chelsea melantiknya, kerana The Guardian melaporkan krisis pandangan antara Pochettino dan Eghbali membuatkan pengurus itu berundur dari Chelsea.
Selain daripada itu, nama Thomas Tuchel juha kembali dikaitkan dengan Chelsea. Namun buat masa ini, dia bukan dalam senarai utama Chelsea.
Pochettino sebelum ini mengendalikan Spurs, dia dipecat kerana mengkritik polisi Daniel Levy yang suka campur tangan dalam isu jual beli pemain. Levy seringkali menjual bintang utama Spurs namun kedekut nak membeli bintang baharu yang setara.
Seterusnya, di PSG Pochettino dipecat setelah dia tidak sehaluan dengan beberapa pemain utama kelab terutama sekali Kylian Mbappe yang tidak suka dengan corak taktikalnya yang dianggap tidak digeruni lawan mereka.
Mbappe ketika itu memberitahu pemilik PSG salah satu syarat dia akan menerima kontrak baharu adalah dengan mengubah corak permainan di kelab itu. Dia tidak menujukan secara spesifik bahawa dia tak suka dengan taktikal Pochettino, dan akhirnya kelab itu melantik Christoph Galtier sebagai pengganti.
Beberapa tahun kemudian, Pochettino menafikan bahawa Mbappe adalah punca dia dipecat. Dia malah memuji pemain itu sebagai sangat suka berbincang tentang taktikal dengannya.