Seorang bekas pengadil FIFA telah mengakui bahawa dia memihak kepada Lionel Messi selepas pemain Argentina itu bersetuju untuk memberikan baju perlawanannya.
Pada edisi Copa America 2007, Argentina menentang Mexico di separuh akhir, pengadil tersebut membuat perjanjian tidak bertulis dengan Messi.
Messi, bersama Gabriel Heinze dan Juan Roman Riquelme semuanya sudah ada rekod 1 kad kuning apabila Argentina menang 3-0 untuk mengesahkan tempat ke final.
Semasa perlawanan, Messi boleh sahaja dengan mudah dilayangkan kad kuning dan disebabkan pengumpulan kad kuning, dia akan terlepas perlawanan akhir menentang Brazil.
Bagaimanapun, bekas pengadil, Carlos Chandia, yang mengendalikan perlawanan itu, mendedahkan dia menyelamatkan Messi dengan satu syarat. Messi harus memberikannya jersi perlawanan selepas aksi itu tamat.
Seperti yang dilaporkan oleh The Mirror, Chandia berkata di ESPN FHow: “Entah dari mana, Messi tiba tiba mengangkat bola dan menyentuhnya dengan tangannya, di tengah tengah padang. Namun pada masa itu, tiada peluang untuk pasukan lawan mereka [Mexico] untuk menjaringkan gol atau perkara seperti itu.
“Jadi, saya memberitahunya: ‘Ini adalah kesalahan kad kuning tetapi saya tak layangkannya, tetapi ini juga akan menyebabkan kamu terpaksa kehilangan jersi kamu [berikan kepada saya],’ dan saya tidak melayangkan kad kuning kepadanya.
“Ada dua setengah minit lagi, dan skor adalah 3-0. Menunjukkan kad kuning kepadanya akan menghilangkan terus peluangnya untuk bermain di final Copa America.”
Dia menambah: “Dia memberikan saya baju di bilik persalinan selepas itu. Malah, dia mahu memberikannya di atas padang dan saya memberitahunya: ‘Tidak, tidak, tidak, tidak; bawa ke bilik persalinan’. Dan dia datang ke bilik persalinan dengan jersi dan meninggalkannya di sana untuk saya.”
Ex-ref Carlos Chandia on Lionel Messi during 2007 Copa America semi-final: "Out of nowhere, Messi lifts a ball with his hand in the middle of the pitch. There was no goal-scoring chance for the Mexico. I said 'I won't give you a 2nd yellow card in exchange for your jersey'. " pic.twitter.com/o9K1EKEi6M
— Salah_sxzn🇪🇬🇵🇹 (@salah_sxzn) September 20, 2024
Bercakap pada 2020, Chandia mendedahkan bahawa anaknya kini adalah pemilik baju perlawanan Messi tersebut.
Dia berkata kepada TNT Chile: “Saya tidak ingat nombornya, tetapi saya ingat baunya. Bukan yang terbaik. Anak saya ada sekarang, dia simpan. Sebenarnya saya fikir kerana saya tidak memberinya kad kuning, rakyat Brazil akhirnya berkata sesuatu tentang insiden itu dan itulah sebabnya saya bukan pengadil utama perlawanan akhir Copa America.”
Perlawanan akhir Copa America 2007 adalah sesuatu yang perlu dilupakan oleh Messi dan Argentina kerana gol daripada Julio Baptista dan Dani Alves ditambah gol sendiri oleh Roberto Ayala bermakna Brazil memperoleh kemenangan 3-0.