Bekas penyerang kebangsaaan Croatia yang pernah bermain di EPL dan juga Selangor, Bosko Balaban dihukum penjara kerana gagal mengemukakan laporan kewangan kepada bekas isterinya.
Balaban bermain 35 kaps kebangsaan untuk Croatia dari tahun 2000 sehingga 2007. Pernah terlibat dalam dua edisi Piala Dunia bersama negaranya.
Dia juga pernah menerima pendapatan £20 ribu / RM116k seminggu ketika di Aston Villa selepas dia dibeli dari Dinamo Zagreb dengan nilai £5.8 juta pada 2001.
Pada 2003, dia dilepaskan oleh Aston Villa secara percuma dan menyertai Club Brugge. Kelab profesional terakhirnya adalah Selangor yang dia sertai 2012 sehingga 2015.
Bosko Balaban mengahwini bekas ratu Croatia yang juga seorang model iaitu Iva Radic pada 1995. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata selepas bersama lebih sedekad.
Namun pada 2017, mereka berdua bercerai dan Balaban diminta membayar pampasan penceraian kepada isterinya sebanyak £70,000 sebagai wang sokongan kepada isterinya untuk membesarkan anak anak mereka.
Malangnya Balaban tidak pernah membayar wang itu yang harus dibayarnya dalam ansuran selama 2 tahun – yang sepatutnya dibayar bermula 2021 yang lalu.
Dan kini dia dihukum penjara untuk setahun pada Januari. Hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah di Zagreb dengan dia perlu menjalani tempoh pemantauan berkelakuan baik 4 tahun di bawah pengawasan polis.
Jika dia membayar wang itu sekarang, sudah tak guna, kerana hukuman sudah diputuskan. Dan dia tidak ada jalan pulang lagi.
Selepas bersara daripada bola sepak, Bosko Balaban menjadi ejen pemain. Di mana dia menjadi wakil kepada bintangn sensasi Andrej Kramaric yang bermain untuk Hoffenheim. Dia membantu pemain itu mendapatkan perpindahan £9 juta ke Leicester pada 2015.
Ex-Premier League striker Bosko Balaban jailed after failing to pay child support
Read more 👇https://t.co/Fh7rH535V4
— talkSPORT (@talkSPORT) November 15, 2023
Seterusnya Balaban juga terlibat dalam perniagaan hartanah di Zagreb.
Iva meneruskan kerjayanya sebagai model.