Bekas Presiden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli telah mengecam Cristiano Ronaldo kerana pemain itu disifatkan beliau ingkar prosedur kuarantin.
Ronaldo dilihat memuat naik gambar berada di kolam renang dan juga bergambar bersama anak buahnya di gym. Beliau juga memuat naik beberapa gambar beliau bergambar dengan anak anaknya di dalam tab mandi.
Cristiano Ronaldo diberikan pelepasan khas balik ke Portugal kerana mahu menjaga ibunya yang diserang strok.
Dan beliau terus kekal di Portugal untuk self isolation kerana Koronavirus. Ini selepas rakan sepasukan beliau Daniele Rugani disahkan dijangkiti koronavirus.
https://twitter.com/BlitzQuotidiano/status/1242806847943278592?s=19
Ronaldo memuat naik gambar beliau bersama sama dengan saudara matanya yang lain di villa mewah mengadap lautan Atlantik.
Beliau juga turut bermurah hati menjadi jurulatih kecergasan untuk beliau kekal cergas dan sesi itu disertai oleh sanak saudara beliau yang lain.
Day 10 of COVID-19 quarantine: Cristiano Ronaldo has begun a new career as a personal trainer for his whole family 😂pic.twitter.com/nkRCvzpLGd
— Cristiano Ronaldo Fans (@TheRonaldoTeam) March 20, 2020
Gigli kutuk Ronaldo
Giovanni Cobolli Gigli sangat tak gembira dengan apa yang dilakukan Ronaldo.
Beliau malah mempertikaikan kenapa ramai pemain di Itali mahu balik ke kampung ketika koronavirus.
Beliau berkata: “Apa yang berlaku di Juventus menjadi rumit ketika Ronaldo balik ke kampungnya di Madeira.”
“Ronaldo kata dia balik sebab nak jaga emaknya. Namun sekarang dia memuat naik banyak gambar di kolam renang,” kata beliau kepada Radio Punto Nuovo.
“Apabila pengecualian ini dibuat, keadaannya berpecah. Ada yang nak pergi keluar dari Itali. Ia tidak sepatutnya begitu mereka sepatutnya kekal di dalam kuarantin.”
Gigli kemudian meluahkan kerisauan beliau di atas tindakan Cristiano Ronaldo ini yang mungkin akan menyebabkan lebih ramai pemain mahu balik dan keluar dari Itali.
Situasi akan menjadi lebih sukar apabila mereka kembali kelak apabila keadaan sudah reda di mana setiap pemain perlu menjalani kurantin sekitar 14 hari lagi.
Gigli Kemudian menyalahkan Ronaldo sebagai punca beberapa pemain lain pun meninggalkan Itali.
Minggu lalu Gonzalo Higuain, Miralem Pjanic, Sami Khedira, Douglas Costa dan Rodrigo Bentancur telah mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dengan balik ke kampung masing-masing.
NÃO GOSTOU! Em entrevista à rádio 'Punto Nuovo', Giovanni Gigli, ex-presidente da Juve, condenou a atitude de Cristiano Ronaldo e afirmou que todos os jogadores da equipe deveriam permanecer em quarentena pic.twitter.com/0Vy5LPDNYR
— FOX Sports Brasil (de 🏠) (@FoxSportsBrasil) March 25, 2020
Gigli menyambung: “Mengkritik itu mudah sekarang namun lihatlah keadaan di luar [keadaan kritikal di Itali kerana Covid-19], saya tidak faham kenapa ramai pemain yang mahu meninggalkan Itali pada masa ini.”
“Nanti apabila mereka kembali semula ke Itali ianya akan menjadi rumit sekali lagi kerana mereka perlu untuk dikuarantin selama 14 hari pula.”
Namun ada juga peminat Juventus menembak Gigli kerana menurut mereka komen bekas Presiden mereka itu terlalu tak berasas.
Antaraa komen mereka menyebut; rasanya Ronaldo hari tu balik sebelum Rugani disahkan Covid-19 kan? Dan beliau memang balik untuk menjaga ibunya. Lepas tu Ronaldo membuat self isolation.
Kalau tak silap dah lebih 14 hari dah dia buat self isolation / kurung diri sendiri.
Ronaldo tak boleh balik ke Itali semua kerana buat masa ini Itali tengah dikunci / Lockdown.
Jadi tiada masalah pun Ronaldo nak bergembira bersama keluarganya di rumah mewahnya di Portugal. Takkan nak bergembira kat rumah orang lain kan?
Ada juga yang menyatakan Ronaldo sentiasa memuat naik benda positif di media sosialnya. Sentiasa meminta orang bersenam sepertinya.
Pada masa yang sama Ronaldo sentiasa membuat kenyataan yang menyokong WHO dalam usaha mahu memastikan semua orang kekal di rumah.