Bekas Teman Dakwa Antony Pukul Dia Sampai Terkalih Silikon Kat Dada

Bekas pasangan hidup Antony iaitu Gabriela Cavallin telah berkongsi beberapa gambar menunjukkan kesan dia dipukul oleh Antony.

Gabriela sudah membuat laporan polis sebelum ini dan kini Antony bakal disiasat. Pemain itu sudah menyatakan dia akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa di Brazil bagi membersihkan namanya.

Gabriela yang merupakan influencer dan DJ menuduh Antony sebagai lelaki dayus dan ganas. Dia beberapa kali menyerangnya termasuk menumbuknya.

Kesan daripada kes ini, pasukan Brazil terpaksa menggugurkan nama Antony daripada tugasan antarabangsa bagi memberikan ruang kepadanya menyelesaikan masalah ini.

Man United pula pastinya pening kepala dengan satu lagi episod luar padang. United baru sahaja menyelesaikan isu Greenwood atas kes pukul teman wanita, kemudian dirundung dengan komen kontroversi Jadon Sancho yang menyindir Ten Hag sebagai pembohong.

Dan kini Man United berdepan dengan satu lagi kes keganasan rumah tangga melibatkan pemain mereka.

Gabriela mendakwa Antony telah memukulnya, mengancam bunuh, mengurung dalam rumah dan menyerangnya dengan kaca sehingga terluka jarinya.

Antony sudah menafikan segala tuduhan itu dan menganggap ianya tuduhan berniat jahat dan tidak berasas. Antony juga melabel Gabriela sebagai mereka reka cerita untuk merosakkan namanya.

Antony menjelaskan: “Hubungan saya dan Cik Gabriela Cavallin sebelum ini memang penuh dengan maki hamun dan seringkali bergaduh antara satu sama lain. Namun saya tak pernah sesekali sampai ke tahap menggunakan kekerasan fizikal ke atasnya. Semua pertuduhan itu palsu belaka dan dibuat buat.”

Antony juga menganggap Gabriela seringkali bertukar tukar cerita ketika diwancara wartawan yang berbeza.

Antony yakin dia berada di pihak yang benar dan sedia membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Cuma pada masa ini dia memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat sulit kepada umum.

Pasangan itu mula bercinta pada 2021 sebelum pemain itu berpindah dari Ajax ke Manchester United.

Cavallin mendakwa dia ada segala bahan bukti perbuatan keji Antony itu. Dia turut menyimpan gambar, mesej perbualan WhatsApp yang boleh dijadikan rujukan di mahkamah kelak.

Cavallin juga mendedahkan bahawa Antony buat pertama kali memukulnya pada 1 Jun 2022. Lebih menyedihkan The Guardian melaporkan ketika kejadian itu, Gabriela sedang mengandungkan anak Antony.

Tidak lama selepas itu Gabriela mengumumkan bahawa dia mengalami keguguran.

Antony marah mendapat tahu Gabriela keluar ke kelab malam bersama dengan lelaki lain. Dia menjerit kepada Gabriela: “Apabila kau dah bersama dengan aku, jangan sesekali nak menggatal dengan lelaki lain,” jelas sekali Antony cemburu buta menurut gadis itu.

Antony ketika itu memaki hamun Garbriella dalam kereta dan mengancam akan menghumban dia keluar dari kereta yang sedang laju itu.

Kejadian seterusnya berlaku pada Januari 2022, selepas Man united menewaskan Man City 2-1.

Antony didakwa telah menumbuk Cavallin di bahagian payudara sehinggakan silikon yang diimplan pada payudara Cavallin telah rosak atau terkalih.

Ianya membuatkan Cavallin perlu dirawat segera dan mendapat perhatian pakar perubatan. Cavallin dirawat doktor pakar secara peribadi di Hotel Hyatt Regency 4 Bintang.

Cavallin berkata: “Dia [Antony] telah menumbuk saya di bahagian payudara dan silikon yang diimplan terbalik.”

Wanita itu turut menyatakan, Antony memberitahunya dia tidak berniat mahu mencederakan wanita itu cuma dia menolaknya ke dinding sahaja.

Antony yang menafikan perkara itu, menganggap dia telah menjadi mangsa pembohongan bekas teman wanitanya itu.

Gabriela Cavallin kemudian berkongsi beberapa keping gambar bukti menunjukkan kecederaan dialaminya kerana serangan fizikal oleh Antony.

Telegraph sudah cuba mendapatkan penjelasan daripada Man United. Apa yang pasti United memberitahu mereka sedang mengikuti perkembangan kes ini dan tidak boleh memberikan komen lanjut buat masa ini.