Bekas Teman Wanita Adesanya Tuntut Separuh Hartanya Bernilai RM44.2 Juta

Israel Adesanya terkejut dengan tuntutan separuh daripada hartanya dikemukakan oleh bekas teman wanitannya Charlotte Powdrell baru baru ini.

Menurut Stuff, Adesanya memiliki kekayaan bernilai USD20 juta ketika ini. Bermakna Charlotte menuntut USD10 juta yang bersamaan RM44.2 juta.

Tak pernah ada hubungan perkahwinan

Charlotte tidak pernah ada hubungan lebih daripada sekadar teman wanita dengan petarung UFC itu. Apatah lagi hubungan perkahwinan. Mereka juga tidak ada anak bersama.

Dan kini wanita itu mengheret Israel Adesanya ke mahkamah untuk menyelesaikan tuntutan harta daripada bekas pasangannya itu.

Charlotte menyatakan bahawa dia berhak mendapat separuh harta itu sama seperti wanita bergelar isteri kerana mereka berdua bercinta sudah lama.

Mereka sudah bercinta kira kira setahun menurut Charlotte Powdrell yang menganggap tempoh itu sangat lama.

Dan dia telah banyak berkorban untuk menyokong petarung itu dari segi masa dan tenaga.

Siapakah Charlotte Powdrell

Dia merupakan wanita warga New Zealand yang memegang sijil juruawat bertauliah.

Namun Adesanya sangat berahsia tentang Charlotte sebelum ini. Dia jarang berkongsi gambar teman wanitanya itu di media sosial.

Rakan Adesanya, Sean O Malley menganggap tuntutan itu sebagai tidak berasas. Dan dia berkata: “Tuntutan bekas awek Izzy itu tidak masuk akal dan gila.

“Saya tak tahu pula kalau ada hubungan percintaan itu kekal selamanya. Kerana saya sendiri tak tahu yang dia selama ini ada teman wanita atau apa sahajalah.

“Namun apa yang saya tahu, tuntutan separuh harta dibuat wanita itu memang melampau dan tidak masuk akal.

“Saya rasa, kalau Izzy bagi dia USD1,000 dia akan gembira. Apa yang berlaku antara mereka ini lebih kepada kerana sedikit ego.”

Beberapa bulan lalu Adesanya memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk dipergunakan seseorang. Namun dia tak suka disalah guna.

Kenyataan itu seolah olah ditujukan kepada Charlotte Powdrell.

“Mereka menunggu, oh apa yang aku boleh ambil daripada dia ni? Dengar sini, saya tak kisah dipergunakan. Cuma saya tak nak disalah guna atau didera.

“Kerana kamu tak boleh dipergunakan maka kamu adalah tak berguna.

“Jadi, jika ada seseorang datang dan melakukan sedikit kerja dan menyediakan sesuatu atas meja, maka itu adalah sesuatu yang berguna dan kita boleh bekerjasama. Tiada tumpangan percuma di sini.”