Bekas Teman Wanita Kantoikan Pemain Bordeaux Curi Boot Rakan & Jual Di Pasaran Barangan Terpakai

Seorang pemain muda Bordeaux dilaporkan telah kantoi mencuri kasut boot rakan sepasukannya dari bilik persalinan dan kemudian menjualnya di pasaran barangan terpakai.

RMC Sport mengesahkan bahawa, pemain muda tersebut merupakan salah seorang pemain skuad profesional Bordeaux.

Dia melakukan perbuatan itu untuk menjana keuntungan dengan menjual barangan pre-love daripada pemain Bordeaux yang mampu mencapai harga yang tinggi.

Namun perbuatannya itu dikantoikan oleh bekas teman wanitanya. Di mana bekas awek dia telah menyebarkan perkara itu kepada rakan rakan sepasukannya yang lain.

Pemain pemain senior dalam pasukan Bordeaux sudah memberitahu pengurusan tentang perkara itu. Namun kelab masih tidak mendedahkan nama pemain muda tersebut.

RMC turut melaporkan bahawa pemain muda itu digantung daripada skuad utama buat sementara waktu ketika siasatan dijalankan.

Selepas dia didapati bersalah, kelab memutuskan bahawa pemain itu digantung 1 perlawanan dan didenda dengan jumlah yang tinggi.

Rakan rakan sepasukannya menganggap tindakan kelab itu sebagai terlalu ringan untuk kes mencuri. Namun mereka tetap menghormati pendirian kelab untuk tidak menghebahkan kepada umum tentang identiti pemain tersebut.

Para pemain Bordeaux yang lain setuju kes itu sudah diselesaikan sesama mereka di bilik persalinan walaupun agak terkilan dengan hukuman yang dikenakan ke atas pemain itu.

Jadi betullah kata Jijo, ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan negara. Rasuah, tak menepati masa dan cinggey.

Dalam kes ni, cinggey tu masa dia bercinta bukan main elok je dia terima perkara itu dan makan sekali duit haram tu. Lepas putus terus dia kantoikan.

Bordeaux carca merba

Di atas padang, situasi Bordeaux juga agak buruk. Di mana mereka bergelut dengan prestasi dan berada di tanggan tercorot Ligue 1. Kemungkinan besar akan tersingkir daripada liga utama Perancis itu.

Mereka kini 6 mata dari zon selamat selepas 29 perlawanan. Mencatatkan hanya 4 kemenangan. 10 kali seri dan 15 kekalahan. Dengan 38 gol serta 70 bolos.

Beberapa bulan lalu, kapten pasukan mereka, Laurent Koscielny terpaksa bersara selepas mendapat tentangan daripada Ultras Bordeaux dan kemudian digugurkan oleh kelab daripada pasukan utama.

Ultras Bordeaux seringkali menjadikan Koscielny sebagai sasaran. Walaupun beberapa tahun lalu dia dijulang sebagai wira apabila sanggup mogok di Arsenal demi mendesak perpindahan ke Bordeaux.

Koscielny bermain 9 musim di Arsenal, menyertai The Gunners dari Lorient pada musim panas 2010 dengan bayaran perpindahan sekitar £8m.

Dia bermain 353 kali untuk Arsenal. Menjaringkan 27 gol termasuk.

Namun pada 2019, Koscielny yang menjadi kapten Arsenal ketika itu menggantikan Per Mertersacker – telah menimbulkan kontroversi apabila enggan menyertai jelajah pra musim kelab ke Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, Koscielny turut terlibat dalam video pengenalan pemain yang kontroversi ketika menyertai Bordeuax. Di mana dia menanggalkan jersi Arsenal di dalm video pengenalan rasmi kelab.

 

Baca yang lain