Belajarlah Dari Ajax Tentang Semangat 1 Liga, Sumbang €3 Juta Kepada Eredivisie Sebaik Saja Layak Ke UCL

Dalam krisis yang melanda pada hari ini, pastinya impak ekonomi dirasai semua pasukan.

Di Belanda, Ajax menunjukkan class act mereka. Di mana mereka menunjukkan semangat saling membantu sebagai satu entiti liga.

Ini apabila mereka menyumbang terus €3 juta kepada tabung sumbangan solidariti Eredivisie sebaik sahaja mereka mara ke UCL musim ini.

Untuk memahami konteks, dengan sah mara, Ajax akan menerima sekurang kurangnya €42 juta daripada hak penyiaran sahaja.

Semakin jauh mereka mara, semakin meningkat hadiah wang tunai itu.

Bukan hanya masa krisis kesihatan ini sahaja mereka menyumbang.

Sebaliknya rasa tanggungjawab itu sudah diikrarkan kesemua pasukan di Belanda terutama sekali pasukan besar yang berjaya mara ke UCL mahupun UEL.

Mereka sebenarnya tidak ada terikat dengan mana mana kontrak untuk berbuat demikian. Namun ianya adalah ikrar sebagai sebuah pasukan dalam sebuah liga.

Pada 2018, 3 kelab elit Liga Belanda, Ajax, PSV dan Feyenoord telah bersetuju untuk menyumbang sekurang-kurang 10% daripada hadiah wang UCL kepada Eredivisie.

Jadi pada masa itu, Eredvisie akan mendapat sekurang-kurang €10 juta ataupun RM47.7 juta daripada wang UCL.

Kenapa wang itu disumbangkan?

Pada masa itu juga, isu panas di Belanda adalah kondisi padang. Di mana banyak pasukan tak mampu menanam rumput berkualiti.

Lalu mereka menggunakan padang sintetik yang sangat bahaya kepada pemain.

Di mana risiko kecederaan seperti ACL lebih tinggi di padang rumput tiruan berbanding rumput tulen.

Ajax, Feyenoord mahupun PSV tidak merendahkan atau mengejek pasukan yang tak mampu itu, tetapi mereka membantu.

Kerana mereka faham, ada pasukan sangat terhad sumber kewangan mereka.

Dan pada masa yang sama mereka sedar, setiap pasukan di Belanda saling memerlukan.

Liga Belanda sangat kecil dan hanya ada 18 pasukan. Bayangkan ada pasukan menarik diri daripada beraksi hanya kerana tidak dapat menyediakan stadium dengan rumput tulen?

Impaknya akan dirasai terutama sekali pasukan yang akan beraksi di Eropah yang memerlukan minit perlawanan yang banyak untuk mereka bersaing di peringkat tertinggi.

Bola sepak kompetitif ini kita semua faham, terlalu sikit minit akan membuatkan pasukan itu kurang sharp. Terlalu banyak pula akan keletihan.

Jadi paling penting dapat minit yang secukupnya. Tetapi kalau harus memilih, banyak rehat ataupun banyak bermain, pastinya pemain pro memilih banyak bermain.

Oleh sebab itu, Ajax dan PSV juga meminta agar pengurusan liga membenarkan pasukan pembangunan mereka beraksi di liga divisyen 2 yang kini dikenali sebagai Keuken Kampioen Divisie.

Eredivisie kini sedang berusaha memperkasakan semula liga mereka. Ini selepas satu ketika dahulu liga mereka melahirkan pasukan kompetitif di UCL dan juga eksport pemain yang berkualiti.

Rombakan itu mungkin akan menyaksikan Eredivisie berwajah baru pada 2021.

Oleh itu, tawaran 3 kelab ini sangat menarik untuk Eredivisie. Ini kerana memang sepatutnya pasukan di liga utama memiliki stadium yang ada rumput asli dan dijaga rapi.

Pemasangan padang sintetik ini tiba-tiba menjadi hangat pada tahun lalu. Banyak pasukan memilih menggunakan padang sintetik kerana kos penyelenggaraan yang lebih murah.

Kini 3 pasukan itu meminta liga utama diseragamkan menggunakan rumput asli.

Penggunaan rumput tiruan juga dikatakan antara sebab kenapa orang memandang rendah Eredivisie. Mereka sedang berusaha mencari rakan penyiaran yang mampu memberikan mereka pulangan lebih besar.

Apa yang kita dapat pelajari daripada mereka adalah pasukan dalam satu liga itu saling memerlukan. Perseteruan itu memang kena wujud dalam bola sepak. Namun pengurusan tertinggi setiap pasukan tetap tidak lari daripada saling berinteraksi sesama mereka.

Rujukan tambahan

Ajax bantah padang tiruan

DUTCH FOOTBALL CAPTAINS CALL FOR BAN ON ARTIFICIAL TURF

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai