Belanda ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 0-2 kepada Republik Czech pada perlawanan pusingan ke-2 yang dilangsungkan di Ferenc Puskas, Portugal.
Skuad bimbingan Frank de Boer merupakan pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan tersebut apabila menang dalam kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan.
Sementara itu Repbuklik Czech hanya menamatkan peringkat kumpulan di tempat ke-3 dibelakang England dan Croatia.
Pada perlawanan pagi tadi Belanda dikejutkan dengan layangan kad merah oleh pengadil perlawanan dari Rusia, Sergey Karasev.
Pada awalnya pertahanan utama Belanda, Matthijs De Ligt hanya dilayankan kad kuning tetapi VAR tidak menyelamatkannya dari menerima kad merah.
De ligt melakukan kesilapan besar apabila sengaja menahan bola dengan tangan ketika Patrick Schick hampir mengalahkannya dan berpotensi mendapat peluang 1 lwn 1 dengan penjaga gol, Maarten Stekelengburg.
“Sudah pasti saya berasa teruk. Kami kalah kerana saya. Kami mempunyai beberapa peluang pada separuh masa pertama dan saya tidak fikir mereka mencipta banyak peluang. Kad merah telah mengubah keadaan.” -UEFA.Com
13 minit selepas layangan kad merah tersebut Republik Czech menjaringkan gol pendahuluan melalui Tomas Holes.
Jaringan tersebut berpunca dari sepakan percuma di sebelah kiri yang singgah ke kepala Tomas Kalas.
Kalas membuat keputusan bijak menghantar bola ke far post memperdayakan Stekelenburg yang meluru keluar cuba mendapatkan bola.
Hantaran tersebut juga menewaskan 4 pertahanan Belanda yang agak kelam kabut sehingga terlupa Holes tidak dijaga di bahagian far post.
Mudah bagi Holes menanduk masuk ke dalam gawang Belanda yang tidak mempunyai penjaga gol walaupun cuba diselamatkan oleh Patrick Van Aanholt.
Republik semakin bertenaga dan pada minit ke-80 Holmes melakukan larian luarbiasa untuk memintas bola menewaskan Gegiornio Wijnaldum dan Denzel Dumfries.
Kepantasan luar biasa itu disusuli dengan hantaran ke hadapan kotak 6 ela dan Schick pantas melalukan tapping menewaskan pemain paling slow dalam pasukan Belanda iaitu Daley Blind.
Selepas menerima kad merah, permainan Belanda jelas tidak bermaya dan 2 jaringan tersebut boleh dielakkan jika pemain mereka lebih fokus dan agresif menyerang bola.
Pada perlawanan pembukaan menentang Ukraine, Belanda menampilkan aksi longlai dibahagian pertahanan.
Ukraine membuat kebangkitan dari ketinggalan 0-2 menjadi 2-2 sebelum Dumfries menjadi wira pasukan.
Dalam perlawanan tersebut Belanda turun bermain tanpa De Ligt yang masih belum cergas sepenuhnya. Selepas itu Belanda tidak bolos dalam 2 perlawanan seterusnya.
Jelas pertahanan belanda tidak bermaya apabila De Ligt tiada, semalam mereka sekali lagi bolos tanpa pemain ini.
Di unit serangan belanda juga menampilkan aksi hambar apabila menamatkan perlawanan tanpa sebarang percubaan tepat.
“Sudah pasti saya kecewa melihat negara saya terkeluar dari (saingan) EURO. -De Jong berkata kepada ITV
“Republik Czech memang berhak, anda perlu berikan (kredit) kepadanya terutamanya cara mereka bermain pada babak kedua.
“Ia merupakan persembahan kurang intensiti, kurang agresif dan mentaliti rendah terutamanya selepas (Belanda) menerima kad merah.
“Kadang-kadang anda akan menyaksikan pasukan lebih bersatu apabila mendapat kad merah, mereka akan bermain lebih baik walaupun dengan 10 pemain.
“Tapi hari ini ia tidak bermakna apa-apa dan hanya persembahan buruk ditampilkan Belanda.”
Schick mengejutkan ramai peminat bola sepak ketika menjaringkan gol jarak jauh pada peringkat kumpulan. 3 gol Republik Czech semuanya dijaringkan oleh Schick. Selepas perlawanan semalam 4 dari 5 jaringan pasukan adalah miliknya.
🇨🇿 Patrik Schick has now scored 4 of the Czech Republic's 5 goals at EURO 2020 🔥🔥🔥#EURO2020 pic.twitter.com/ZEYQStC4Ix
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 27, 2021
“Tiada siapa menjangkan kami akan membuat kemaraan sejauh ini, mengalahkan Belanda dan menampilkan aksi baik. Semua peminat yang berada disini hari ini mempunyai momen hebat. Ia luarbiasa.” UEFA.Com
Republik Czech dijadualkan bertemu Denmark pada perlawanan peringkat suku akhir. Sama ada Republik Czech atau Denmark menang, kedua-dua akan ditaktifkan pasukan yang melakukan kejutan ke separuh akhir.
Ia sepatutnya Belanda.