BELANJAWAN 2020: Kakitangan Awam Dapat Bonus RM500, COLA Naik RM50

Belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada hari ini sememangnya akan menjadi perhatian rakyat Malaysia. Tidak terkecuali yang ternanti-nanti adalah di kalangan penjawat awam.

Melalui pembentangan yang dibaca oleh Guan Eng di Parlimen pada hari ini, penjawat awam turut mendapat khabar gembira.

Ini berikutan kerajaan telah memutuskan setiap anggota kakitangan awam dari Gred 56 ke bawah akan menerima bayaran bonus sebanyak RM500. Nilai bonus tersebut mungkin kurang berbanding mereka yang bekerja di sektor swasta.

Namun jumlah tersebut diyakini boleh membantu penjawat awam terutamanya untuk membantu melakukan persiapan persekolahan anak-anak di awal tahun, dan juga kos sara diri yang sentiasa meningkat, dan tidak pernah turun.

Jumlah bonus RM500 itu adalah sama seperti ketika kerajaan ditadbir oleh Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan sememangnya menjadi amalan mantan Perdana Menteri itu sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun demikian, golongan penjawat awam seharusnya bersyukur kerana bakal menerima kenaikan kepada elaun sara diri (COLA) sebanyak RM50 sebulan. Pada hari ini, elaun COLA dibayar pada kadar RM300 sebulan.

Ini bermakna selain kenaikkan gaji tahunan, kakitangan awam akan menerima tambahan RM600 hasil kenaikan bayaran elaun COLA pada tahun hadapan.

Berikut adalah initipati khas untuk penjawat awam:

Pertama: >>Menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak
RM350 juta setahun;

Kedua: >>Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun; dan

Ketiga: >>Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

208.212. Sebagai tambahan, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, Kerajaan akan memperkenalkan:

Pertama: >>Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000; dan

Kedua: >>Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

209.213. >>Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.

210.214. Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua>> anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak
RM35 juta bagi tahun 2020. Ini akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

211.215. >>Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

212.216. Selaras dengan falsafah 3R iaitu Repair, Replace and Restore, Kerajaan akan memperuntukkan >>RM330 juta kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam. Sebagai tambahan, RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan RM250 juta untuk kuarters PDRM juga akan diperuntukkan bagi tujuan membaiki dan menyelenggarayang sama.

213.217. >>Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka. Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. dan Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019 ini.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang