Belasah City, Pemain Sporting Lisbon Lambung Amorim

Ruben Amorim telah dilambung di udara oleh pemain pemainnya selepas menewaskan Man City 4-1 di Estadio da Luz.

Ini juga menandakan perlawanan terakhir Amorim bersama Sporting di tempat sendiri,  di mana selepas ini dia akan menyertai Man United.

Penyokong penyokong Sporting turut mengibarkan tifo penghargaan kepada Amorim yang sebelum ini membantu mereka menamatkan kemarau kejuaraan Liga Portugal.

Dia turut mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dengan melambai ‘goodbye’ kepada mereka sambil menerima jersi khas yang sudah ditandatangani.

4 musim lalu, Pengarah Sukan muda Sporting, Hugo Viana membuat keputusan berani meminta kelab membayar €10 juta kepada Braga bagi mendapatkan pengurus muda bernama Ruben Amorim.

Dan selepas itu, di Portugal, mereka membuatkan orang tidak lagi bercakap tentang dominasi Benfica.

Dia membantu Sporting menamatkan duopoli Benfica-Porto dalam saingan domestik.

Awal pagi tadi dia mengucapkan selamat tinggal kepada Estadio Da Luz dengan penuh gaya. Ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi gol Phil Foden.

Mereka bangkit mencetak 4 gol. Hatrik oleh penyerang andalan Amorim iaitu Viktor  Gyokeres dan satu lagi gol oleh Maximiliano Araujo.

Perlawanan ini jelas sekali ibarat audition untuk Amorim  buat peminat Man United. Sebelum perlawanan dia berkata: “Jika keputusannya tidak bagus, maka jangkaan orang kepada saya pun merudum. Jika menang, mereka akan kata: ‘Sir Alex Ferguson baharu’ sudah tiba’.”

Sporting kini berada di tangga kedua dalam carta UCL selepas 3 kemenangan dan 1 seri.

Jadi, pemain pemain menjulangnya ke udara sebagai tanda penghargaan.

Saksikan rangkuman aksi di sini: