Belgium merakam kemenangan mudah menewaskan Rusia 3-0 pada perlawanan sulung Piala Eropah 2020 di Stadium Krestovsky, Rusia.
Sebagai pasukan pilihan, Belgium mengikut jejak langkah Itali yang menumbangkan Turki 4-0 pada perlawanan pembukaan.
3 jaringan Belgium meletak pasukan ini mendahului kumpulan B dihadapan Finland yang menewaskan Denmark 1-0.
Romelu Lukaku meletakkan Belgium di hadapan seawal minit ke-10 perlawanan.
Jaringan itu berpunca dari hasil kesilapan pertahanan tengah Rusia, yang gagal menampan kemas hantaran lintang Dries Mertens.
Tampanan pertahanan itu juga telah membatalkan kedudukan ofside Lukaku.
Lukaku pantas menyempurnakan peluang terhidang dengan turning shoot menembusi gawang kiri Rusia.
Thomas Munier yang masuk menggantikan Timothy Castagne seawal minit ke-27 menggandakan jaringan Belgium pada minit ke-24.
Jaringan tersebut membunuh sisa perjuangan Rusia, pasukan ini mempunyai rekod tidak akan menang selepas ketinggalan sejak 8 perlawanan lepas.
Bersambung babak ke-2, permainan Belgium agak menurun dan tiada sebarang ancaman bahaya dicipta sehinggalah minit ke-83.
Hantaran jauh dari Munier mencari Lukaku berjaya apabila penyerang itu hanya perlu menewaskan penjaga gol Anton Shunin.
Lukaku menyudahkan peluang tunggal yang terhasil di babak ke-2 itu.
“Prestasi separuh masa pertama kami sangat bagus, kami mencipta beberapa peluang tetapi tidak sistematik pada babak kedua.
“Kami melakukan beberapa kesilapan dan kami perlu memperbaikinya jika mahu mara jauh dalam pertandingan ini.- Romelu Lukaku
Jaringan tersebut menambah koleksi jaringan antarabangsanya kepada 62 gol dalam 94 penampilan.
20 gol dihasilkan pada 15 perlawanan kompetitif terakhir. Lukaku sedang berada di dalam fasa paling produktif bersama kelab dan negara.
Sementara itu jurulatih Belgium, Roberto Martinez tigak bimbang dengan persembahan buruk yang ditampilkan pasukannya pada babak kedua.
Kedua-dua pasukan gagal menjelmakan sebarang percubaan signifikan selain dari jaringan Lukaku.
“Sentiasa ada kegemuruhan pada perlawanan pertama, jadi perkara biasa jika tidak semua menjadi sempurna.
“Kami mengawal penuh perlawanan ini. Kami berada dalam tekanan tetapi mengawalnya dengan baik.
“Jika anda menjaringan 3 gol menentang Rusia, anda boleh gembira dengannya.- kata Roberto Martinez
Kemenangan 3-0 ini juga merupakan margin terbesar pernah direkodkan oleh Belgium sejak 2016. Pada edisi itu Belgium menewaskan Ireland Utara dan Lukaku juga menjaringkan gol.
Bagaimanapun Belgium dikejutkan dengan kebangkitan Wales apabila kalah 1-3 di peringkat suku akhir walaupun mendahului 1-0.
Baca juga
Dunia Bola Sepak Dikejutkan Dengan Kejadian Menimpa Christian Eriksen
Pada jumaat depan Belgium bakal mendapat tentangan sukar dari Denmark yang tewas kepada Finland di tempat lawan dan Rusia akan bertemu Finland di Saint Petersburg.