Belgium Pakai AI Untuk Laporkan Statistik Menteri Yang Main Telefon Di Parlimen

Kita seringkali melihat ahli parlimen tidak fokus ketika sesi pembentangan perbahasan di parlimen. Ada yang tertidur dan juga bermain telefon pintar, walaupun dalam sesi pembentangan usul yang dianggap serius.

Masalah ini adalah masalah yang berlaku di seluruh dunia. Terutama sekali era ledakan digital pada hari ini, di mana telefon pintar menjadi tatapan wajib untuk membuka media sosial dan pelbagai aplikasi lain termasuk TikTok untuk tengok Baby Shima.

Oleh itu Belgium akhirnya menggunakan satu mesin kecedersaan buatan atau AI yang digelar ‘The Flemish Scrollers’.

The Flemish Scroller akan mengesan mana mana menteri yang bermain telefon pintar di dalam ruang parlimen mereka ketika bertugas.

Bukan itu, sahaja, ianya juga akan dipaparkan di laman Twitter serta menge-tag nama menteri menteri tersebut yang bermain telefon dengan paparan kadar penggunaan telefon menteri menteri berkaitan.

The Flemish Scroller menggunakan teknolgi machine learning (ML) yang akan mengesan telefon yang dipegang dengan juga pengecaman wajah menteri yang melihat telefon.

Ini kerana, AI tersebut akan tahu bagaimana muka seorang manusia yang sedang khusyuk melihat telefon pintar.

Berikut adalah gambar yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan menteri menteri yang terganggu tumpuan mereka kerana asyik menatap telefon pintar.

Pada 5 Julai 2021, pencipta software tersebut iaitu Dries Depoorter menyatakan bahawa syarikat mereka menerima banyak sekali respon yang positif daripada orang ramai berkenaan dengan teknologi yang mereka bangunkan.

Ini kerana rakyat berpendapat bahawa rakyat berhak tahu kelakuan menteri menteri yang sudah diberikan mandat ini apabila berada di parlimen.

Gaji mereka pun dibayar dengan duit rakyat.

Ramai yang menggesa agar kerajaan di negara mereka menggunakan teknologi AI ini.

Bayangkan The Flemish Scroller ini digunakan di parlimen Malaysia. Mesti best tengok menteri menteri kita kan?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi