Beli Mahal Tetapi Terlupa Daftar Dalam Skuad Europa

Ajax membeli Sebastian Haller dengan nilai ยฃ20 juta dan melalui proses yang agak rumit sepanjang rundingan.

Ajax mendapatkan Haller untuk beraksi dalam dua kejohanan utama iaitu Eredivisie dan UEL.

Namun apa yang berlaku dilaporkan bahagian pentadbiran telah terlepas pandang dan tidak mendaftarkan nam,Sebastien Haller dalam skuad Liga Europa mereka.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah bermula dengan baik untuk Ajax, menjaringkan dua gol dan menambah empat assist dalam enam penampilan pertama dalam liga setakat ini.

Tetapi nampaknya pemain berusia 26 tahun itu berada dalam bahaya tidak dapat mewakili pasukan barunya dalam pertandingan Eropah musim ini, dengan kelab itu mengesahkan kesalahan dalam pendaftaran mereka.

Ajax mahu merayu perkara ini kepada UEFA dan berharap akan dapat mendaftarkan nama Haller. Kes ini agak jarang berlaku. Jadi Ajax cuma mampu berharap mereka akan diberikan pengecualian khas kali ini untuk mendaftarkan pemain di luar waktu pendaftaran.

โ€œDia memang tidak ada dalam daftar, kami berusaha mencari tahu apa yang salah,โ€ kata jurucakap Ajax, Miel Brinkhuis.

โ€œKami telah menghubungi KNVB dan UEFA untuk perkara tersebut.โ€

Para peminat Ajax sangat bengang dengan perkara tersebut. Dan menganggap ia satu kesilapan bodoh yang tidak boleh dimaafkan.

Ajax akan menentang Lille akhir bulan ini di pusingan 32 Liga Europa, dengan perlawanan pertama ditetapkan pada 18 Februari di Perancis.

Haller sekurang-kurangnya dapat terus mewakili Ajax di Eredivisie, di mana kelab telah menjarakkan kedudukan kepada tujuh mata di puncak liga.

Baca yang lain