Belum Apa Apa, Pemain Baru City – Ferran Torres – Sudah Buat Guardiola Marah, Ini Sebabnya

Manchester City mengesahkan pembelian Ferran Torres dari Valencia dalam minggu lalu.

Perpindahan Torres dari Valencia ke City diumumkan pada hari Rabu lalu. Pemain berusia 20 tahun diikat dengan kontrak selama lima tahun atau sehingga 2025.

“Saya gembira dapat bergabung dengan City. Semua pemain ingin terlibat dalam pasukan yang menyerang dan Manchester City adalah salah satu yang paling menyerang di dunia.” kata Torres.

“Pep [Guardiola] berani bermain dengan sangat terbuka, agresif, yang saya suka. Dia seorang pengurus dengan rekod prestasi yang baik untuk mengembangkan pemain. Dapat khidmat beliau untuk membantu kemajuan saya adalah impian.”

“City telah memenangi banyak piala dalam 10 tahun terakhir. Saya berharap dapat memainkan peranan dalam meneruskan kejayaan itu,” katanya.

City mendapatkan Torres sebagai pengganti Leroy Sane. Sebelum ini, City melepaskan pemain sayap Jerman itu ke Bayern Munich.

Torres musim lalu juga bersinar di Valencia. Dia bermain 44 kali dan menjaringkan 6 gol dan 8 assist.

Pengarah sukan City, Txiki Begiristain, mengakui bahawa City telah lama mengikuti perkembangan Torres. Pemain dianggap menepati segala syarat untuk menjadi pemain sayap yang hebat.

“Kami telah mengikuti perkembangan Ferran dengan teliti. Dia masih muda dan masih banyak ruang untuk meningkatkan diri, tetapi kualiti teknikalnya seperti apa yang kami cari dalam pemain sayap.”

“Dia pantas, dapat mencipta ruang dengan satu gerakan, dan dapat menghasilkan momen yang mampu memenangi perlawanan,” jelas Begiristain.

Semalam laporan dari England menyatakan Pep Guardiola tidak berpuas hati dengan sikap pemain baharunya itu.

Ferran Torres masih belum bermain pun di bawah Guardiola. Namun Pep sudah menghantar isyarat beliau tak suka dengan satu perangai pemain itu.

Torres telah terlalu terbuka mengkritik majikan lamanya dan juga bekas kaptennya.

Torres demand perjanjian terus dengan owner dan kutuk kapten Valencia

Peminat Valencia sangat tak suka dengan pemilik kelab iaitu Peter Lim. Namun tindakan Ferran Torres mengkritik terbuka bekas bos besarnya itu tidak digemari Guardiola.

Syarat Guardiola adalah mudah, apabila anda rasmi menjadi pemain Man City, anda tidak perlu mengkritik pasukan lain dengan terlalu lantang tanpa melalui kelab, walaupun ianya bekas kelab anda.

Torres kemudian mendedahkan dia meminta 3 syarat penting daripada Valencia. Ini termasuk meminta jawatan kapten dan mahu berunding kontrak terus dengan pemilik kelab dan bukannya daripada Pengarah Sukan.

Torres berkata: “Saya mahu seorang yang terlibat dalam pembaharuan kontrak saya adalah pemilik kelab iaitu Peter Lim. Beliau perlu memberithau saya kepentingan kelab Valencia.”

“Seterusnya saya mahukan jawatan kapten yang merupakan impian saya. Saya dah melihat banyak kelab lain melayan pemain muda mereka, misalnya [Mikel] Oyarzabal atau Fernando Torres, memberikan mereka kapten untuk mengekalkan mereka.”

“Dan ketiga saya mahu menjadi salah seorang pemain dengan gaji paling tinggi dalam skuad. Saya tahu Valencia bukan dalam kedudukan terbaik untuk membayar pemain seperti mana kelab Eropah besar yang lain.”

“Namun saya boleh menjadi ketua kepada projek mereka dan saya mahu dilayan seperti itu. Kelab perlu menunjukkan mereka mahukan saya terus kekal.”

“Namun mereka nampaknya tidak berbuat begitu, titik!”

Seterusnya Torres menjelaskan beliau tak sukakan kapten pasukan, Dani Parejo, dengan berkata: “Parejo pemain yang hebat. Namun secara peribadi saya tidak rapat dengannya.”

“Ketika saya menyertai pasukan utama, ketika itu saya berusia 17 tahun, ianya mengambil begitu banyak minggu untuk dia mengucapkan selamat pagi kepada saya.”

ESPN melaporkan, Guardiola sudah mendapat tahu akan kandungan temuramah itu, dan beliau sangat tak gembira dengannya.

Guardiola merasakan, isu seperti itu tidak seharusnya terlalu didedahkan dengan media, sebaliknya Torres harus fokus kepada isu lain berkaitan dengan perpindahannya ke Man City,