Beberapa tahun yang lalu, jiwa penyokong Arsenal dirobek apabila melihat kapten mereka Robin Van Persie menyertai Man Utd.
Dan kini, United dilaporkan cuba untuk memancing seorang lagi kapten Arsenal iaitu Pierre-Emerick Aubameyang.
Ini bukan kali pertama Man Utd mahukan Aubameyang. Malah sebelum ini mereka sudah menunjukkan minat kepada pemain tersebut.
£50 juta untuk Auba
United mungkin perlu membayar £50 juta untuk mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang yang baki kontraknya bakal memasuki tahun akhir pada Jun ini.
Kontrak semasa Pierre-Emerick Aubameyang akan berakhir pada musim panas 2021.
Buat masa ini, Aubameyang dilaporkan belum menunjukkan tanda tanda beliau mahu melanjutkan lagi kontrak di Emirates.
Aubameyang merupakan penyerang penting pasukan Arsenal. Beliau pemenang kasut emas bersama untuk EPL musim 2019/20.
Aubameyang sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau sangat mahu beraksi di Liga Juara Juara Eropah.
Manchester United turut berada dalam persaingan untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.
Dan kini skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu sedang dalam prestasi terbaik mereka.
Man United line up stunning '£50m bid' for Pierre-Emerick Aubameyang https://t.co/UpQaUwYWqQ
— MailOnline Sport (@MailSport) March 19, 2020
Jadi, jika Arsenal berjaya menempatkan diri dalam saingan di UCL pada musim hadapan – ia boleh menjadi alasan penting untuk Aubameyang kekal bersama dengan mereka.
Aubameyang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund pada Januari 2018 dengan rekod perpindahan kelab iaitu £56 juta.
Beliau menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim ini untuk pasukan Arsenal.
Selain daripada Man United, beliau juga pernah dikaitkan dengan Barcelona pada Januari lalu.
Tetapi selepas itu, Aubameyang menyatakan ikrar untuk terus kekal dengan Arsenal walaupun berlaku pelbagai masalah menimpa Arsenal sebelum Unai Emery dipecat.
Man United sebenarnya masih mencari no.9 untuk menggantikan Lukaku walaupun mereka memiliki Marcus Rashford yang cemerlang di posisi tersebut.
Tetapi, Rashford adalah pemain yang boleh digunakan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebagai pemain sayap.
Kehadiran Aubameyang dianggap pelengkap kepada sistem Ole Gunnar Solskjaer untuk membentuk trio serangan dengan Marcus Rashford dan Anthony Martial.
Man United terlepas penyerang remaja sensasi Norway iaitu Erling Braut Haaland yang kemudiannya menyertai Borussia Dortmund.
Dan mereka terpaksa mendapatkan Odion Ighalo secara pinjaman dari kelab Liga Super China – Shanghai Shenhua.
Sejak menyertai Man United, bekas penyerang Watford itu cemerlang dengan menjaringkan beberapa gol.
Tetapi Ole Gunnar Solskjaer sedar bahawa beliau perlu mencari pemain bintang untuk memperkuatkan lagi serangan Man United, dan Ighalo selepas ini akan kembali ke kelab asalnya.
Walaubagaimanapun, Solskjaer tidak menutup pintu buat Ighalo untuk menjadi pemain tetap di Old Trafford.
Arsenal sedang berusaha untuk meyakinkan Pierre Emerick Aubameyang untuk terus kekal bersama dengan mereka.
Musim hadapan merupakan musim penuh pertama untuk pengurus baharu mereka Mikel Arteta.
Sebelum ini Arteta sudah menggariskan betapa pentingnya Aubameyang untuk Arsenal.