Belum Pun Rasmi Sertai, Kyle Walker Sudah ‘Menimbulkan Masalah’ Di Bayern

Laporan dari UK menyebut bahawa ‘Kyle Walker sudah pun menimbulkan masalah di kelab Bayern Munich’ walaupun pemain itu masih belum rasmi menyertai mereka.

Bayern Munich dilaporkan dalam landasan terbaik untuk menandatangani Kyle Walker dari Manchester City dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £15 juta.

Kenapa masalah sudah mulai timbul?

Ini apabila ada beberapa pemain senior mendapat tahu butiran kontrak yang ditawarkan kepada Kyle Walker. Manuel Neuer dan Thomas Muller mengetuai beberapa lagi pemain senior yang mempersoalkan tawaran kepada Walker yang dianggap berat sebelah dan terlalu istimewa.

Menurut mereka tawaran itu tidak adil kerana Walker ditawarkan kontrak lebih seahun. Kerana polisi Bayern Munich biasanya menawarkan pemain pemain atas 30 tahun dengan kontrak setahun lanjutan.

Jadi mereka menganggap kelab sebagai pilih kasih dengan menawarkan Walker kontrak 2 tahun dengan pilihan lanjutan semusim lagi di kelab itu sedangkan Walker sudah pun berusia 33 tahun.

Lalu Neuer dan Muller mempersoalkan, kenapa mereka sebelum ini cuma dilanjutkan kontrak setahun sahaja? Atas alasan mereka sudah berusia?

Kontrak semasa kedua dua pemain itu adalah sehingga akhir musim 2023/24. Selepas kedua duanya setuju melanjutkan kontrak setahun dengan kelab itu pada musim sebelum ini.

Manuel Neuer setuju dengan lanjutan kontrak 2 musim lagi pada masa itu. Ianya selepas satu perbincangan yang sangat rumit dengan Bayern.

Sementara Thomas Muller hanya diberikan lanjutan kontrak semusim sahaja.

Jadi mereka merasakan bahawa ianya tidak adil untuk melihat pemain berusia 33 tahun, Kyle Walker mendapat kontrak 2+1 tahun di kelab itu.

Neuer menjangkakan dia hanya akan mendapat kontrak lanjutan setahun sahaja selepas ini kerana polisi kelab itu. Sementara Thomas Muller masih belum pasti sama ada dia akan terus ditawarkan kontrak baharu.

Kyle Walker sudah menyatakan persetujuannya ke atas syarat dan terma peribadi yang ditawarkan oleh Bayern kepadanya.

Dia menunggu kedua dua kelab mencapai kesepakatan untuk harga dan kemudian meneruskan proses seterusnya.

Bayern sebelum ini memulangkan semula Joao Cancelo. Dan menyatakan minat mereka mahu mendapatkan Kyle Walker yang merupakan pemain yang diminati oleh Thomas Tuchel.

Walker tidak melanjutkan kontraknya di Man City. Dilaporkan kerana kelab itu tidak mahu menawarkan kontrak lebih lama seperti yang dimahukannya atas faktor usia.

Walker benar benar berharap dia akan menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan kali ini.

Namun apa yang pasti, Neuer dan Muller mendesak kelab melayan pemain pemain senior di Bayern yang sudah lama berbakti dengan layanan yang sama pada lanjutan kontrak selepas ini, jika kelab memutuskan untuk meneruskan tawaran tersebut kepada Walker.

Baca yang lain