Belum pun sampai setahun di Man City, ejen kepada Erling Haaland sudah ada perancangan bahawa pemain itu akan meninggalkan kelab tersebut.
Haaland menyertai Man City dengan perjanjian bernilai £51 juta pada musim panas lalu, dan telah menikmati musim pertama yang menyerlah.
Haaland telah menjaringkan 33 gol dalam 33 perlawanan untuk pasukan Pep Guardiola, dengan 27 daripada gol itu datang dalam Liga Perdana dan menjadi gol terbanyak yang dijaringkan oleh pemain City dalam satu musim Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun, sementara pemain berusia 22 tahun itu terus memecah rekod dengan menyarung jersi City, langkah seterusnya nampaknya sudah diatus ejennya.
Ejennya, Rafael Pimenta – yang menggantikan mendian Mino Raiola – mengesahkan bahawa Haaland pastinya menganggap perpindahan ke Real Madrid sebagai perpindahan impian.
Ejen itu percaya kelab Sepanyol itu masih mempunyai tarikan yang sukar ditentang oleh pemain tersebut.
Berucap di Sidang Kemuncak FT Business of Football di London, dia berkata: “Ada Liga Perdana Inggeris dan ada Real Madrid,” kata Rafael Pimenta.
Real Madrid mempunyai sesuatu yang menjadikan mereka kelab impian untuk pemain mereka. Di mana kelab itu meneruskan keajaiban tersebut dan kini sudah memiliki 14 UCL.
Ejen yang merangkap Peguam dari Brazil itu, yang mengambil alih sebagai ejen utama Haaland selepas kematian Mino Raiola tahun lal.
Dia juga berkata dia suka melakarkan karier pemain itu agar menjadi lebih gemilang.
Dia mengesahkan bahawa Haaland sebelum ini tidak sabar-sabar untuk berpindah ke City dan bekerjasama dengan Pep Guardiola, dan Liga Perdana kini menjadi tarikan berasingan berbanding kelab yang bersaing di dalamnya.
“Di agensi saya, kami cuba membuat perancangan. Kami perlu membuat perancangan,” tambah Pimenta.
Real Madrid are above the rest for Erling Haaland’s agent 😬 pic.twitter.com/9wo1wE5UWO
— GOAL (@goal) March 3, 2023
“Kami perlu mempunyai matlamat. Mungkin kami tidak akan mencapainya tetapi jika kami tidak tahu ke mana kami pergi pasti kami tidak akan sampai ke sana.”
“Apabila kami mempunyai pemain, kami membuat perancangan. Walaupun pemain itu Berusia 15 tahun, kami sedang merancang trajektori kerjayanya,” katanya.
Kenyataan Pimenta itu membuatkan media berspekulasi bahawa klausa ‘Real Madrid’ pada kontrak Haaland benar benar wujud.
Klausa itu dilaporkan oleh media tahun lalu, dan Guardiola terpaksa menafikan bahawa penyerang itu mempunyai ‘klausa Real Madrid’ dalam kontraknya di mana dia boleh menyertai gergasi Sepanyol itu seawal musim 2024 – jika Haaland mengaktifkannya.
Agente de Haaland: “Existe la Premier y el Real Madrid, que es el club soñado de todos los jugadores, juegan una competición débil pero tienen la Champions”pic.twitter.com/6Tcvh9FGk9
— il Mourinhø Blanco (@musicoloko7) March 3, 2023