Ben White Tak Mboh Main Untuk England Kali Ini

Ben White dilaporkan telah menolak panggilan daripada Gareth Southgate untuk tugasan antarabangsa akan datang.

White baru sahaja melanjutkan kontraknya dengan Arsenal. White sudah lama tidak beraksi untuk England. Aksi cemerlangnya bersama Arsenal membuatkan namanya dipanggil untuk aksi menentang Brazil dan Belgium.

White sebelum ini pernah meninggalkan kem England lebih awal ketika Piala Dunia 2022 kerana masalah peribadi.

Kini White menolak panggilan Gareth Southgate. Southgate mengesahkan bahawa White telah meminta untuk tidak disertakan.

Southgate berkata: “Dari segi prestasi, saya tidak boleh duduk di sini dan berkata, dia tidak berhak di sini. Pengarah Sukan John McDermott ada bercakap menerusi telefon dengan Edu [Pengarah Sukan Arsenal], dan kami difahamkan Ben White tidak mahu dipertimbangkan untuk skuad England kali ini.

“Ianya agak memalukan, sebab dia adalah pemain yang saya benar benar suka. Dia adalah pemain yang kami bawa ke Euro ketika dia di Brighton, kemudian ke Piala Dunia.

“Saya ada bercakap dengan dia selepas Piala Dunia Qatar, kerana saya masih nak pilih dia bermain untuk negara selepas ini.

“Pihaknya tidak mendedahkan sebab lebih lanjut, dan saya tidak tahu mengapa. Namun saya hormatinya. Saya nak sentiasa membuka pintu untuknya kerana dia seorang pemain yang boleh memberikan perbezaan untuk England. Namun sayangnya dia tak tersedia untuk kami.

“Tapi saya nak cakap, tiada masalah pun antara kami, tiada masalah sama sekali.”

Berikut adalah senarai panggilan England:

Goalkeepers: Sam Johnstone (Crystal Palace), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Arsenal).

Defenders: Jarrad Branthwaite (Everton), Ben Chilwell (Chelsea), Lewis Dunk (Brighton), Joe Gomez (Liverpool), Ezri Konsa (Aston Villa), Harry Maguire (Man Utd), John Stones (Man City), Kyle Walker (Man City).

Midfielders: Jude Bellingham (Real Madrid), Conor Gallagher (Chelsea), Jordan Henderson (Ajax), James Maddison (Tottenham), Declan Rice (Arsenal).

Forwards: Jarrod Bowen (West Ham), Phil Foden (Man City), Anthony Gordon (Newcastle), Harry Kane (Bayern Munich), Cole Palmer (Chelsea), Marcus Rashford (Man United), Bukayo Saka (Arsenal), Ivan Toney (Brentford), Ollie Watkins (Aston Villa).

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan