Benarkah Sheikh Jassim Jadi Pemilik Man United Pada Oktober? Ini Penjelasan Fabrizio Romano

Fabrizio Romano mengulas laporan daripada Nick Curtis dari The Sun yang melaporkan bahawa Sheikh Jassim dan Glazers sudah mencapai kesepakatan harga £6 billion untuk pengambilalihan Man United.

Proses pindah milik akan diselesaikan pada Oktober ini menurut laporan itu.

Wartawan bola sepak disayangi semua lelaki, Fabrizio Romano telah memberikan panangannya kepada GIVEMESPORT secara eksklusif.

Walaupun Glazers telah mengawal Red Devils sejak bidaan £790million sudah memadai untuk mereka memperoleh pegangan majoriti pada 2005. Namun masih tidak pasti sama ada Glazer benar benar serius mahu menjual Man United.

Beberapa pembida malah menarik diri sebelum ini kerana menanggap Glazer bermain main dalam proses itu. Mereka selalu lambat memberikan respon kepada setiap email atau panggilan telefon.

Menurut The Sun, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani berada di kedudukan terbaik untuk menyelesaikan pengambilalihan £6 billion Manchester United dalam tempoh dua bulan akan datang.

Laporan itu mencadangkan bahawa kerabat dari Qatar itu telah menwaskan Sir Jim Ratcliffe dan pasukannya pada masa ini. Walaupun sebelum ini Sir Jim Ratcliffe menjadi pendahulu persaingan kerana mereka sanggup memberikan Glazer pegangan kecil dalam Man United selepas ini.

Sementara Sheikh Jassim mahukan pegangan penuh. Untuk pegangan penuh, Glazer meminta £6 billion. Angka itu sebelum ini diangga terlalu mahal. Namun Sheikh Jassim sedia membayar £5 billion yang dianggap tawaran terbaik daripada mereka.

Namun pihak Sheikh Jassim dikatakan kena sidai dengan Glazer. Selepas 11 minggu bidaan itu dibuat tiada langsung keputusan mereka buat sama ada setuju atau tak.

Kemudian Sheikh Jassim menghantar beberapa pegawainya lagi untuk berunding dengan Glazer. Lalu The Sun melaporkan kini kedua dua pihak mencapai kesepakatan harga £6 billion yang akan diselesaikan pada Oktober.

Rundingan dalaman di kalangan pemilik semasa telah menyebabkan mereka menyedari keperluan untuk menjual Manchester United dan bukannya kekal sebagai pemegang saham kerana bimbang akan tindak balas daripada penyokong yang sudah lama membenci mereka.

Glazer mendedahkan bahawa mereka selama ini tak sedar penyokong Man United menentang mereka. Dengan ledakan media sosial membuatkan informasi tentang penentangan itu semakin mereka tengok la.

Ye ke? atau Ed Woodward sebelum ini kuat lambung Glazer masa mesyuarat? Cakap fans sentiasa sokong mereka? Tak taulah.

Romano belum dimaklumkan tentang Sheikh Jassim disahkan sebagai pembida pilihan dalam perlumbaan untuk mengesahkan pengambilalihan Manchester United.

Dengan itu, pakar perpindahan itu menegaskan penyokong Red Devils perlu terus bersabar sebelum pengumuman daripada hierarki semasa.

Bercakap kepada GIVEMESPORT pada petang Rabu, Romano berkata: “Sejujurnya, pada masa ini, saya belum mempunyai sebarang pengesahan muktamad di pihak Sheikh Jassim.

“Selepas apa yang berlaku pada Februari, Mac, April dan semua bulan berikutnya, saya rasa lebih baik menunggu sesuatu yang konkrit dulu.”

“Sudah tentu, saya menghormati semua laporan tetapi, pada masa ini, tiada pengesahan langsung.”