Benda Rare, Peminat Inggeris Dipuji, Tiada Vandalisme Atau Bertumbuk Di Qatar

Peminat Inggeris biasanya akan menjadi sangat liar setiap kali berkunjung untuk Piala Dunia atau Euro. Tak kiralah dari England, Wales atau Scotland.

Mereka seringkali merosakkan harta benda awam selepas semua kepala tak betul kerana mabuk.

Namun kali ini peminat England dan Wales dipuji sangat berdisiplin.

Sebelum kejohanan Piala Dunia, polis UK sudah mengeluarkan amaran agar kesemua penyokong Inggeris agar menjaga tatatusila masing masing.

Mereka turut diingatkan bahawa kesalahan alkohol dan dadah adalah berat hukumannya di Qatar.

Sepanjang mereka di Qatar mereka tidak menimbulkan sebarang kekacauan atau Vandalisme. Sangat berbeza dengan reputasi mereka sebelum ini.

Salah satu sebabnya adalah tanpa alkohol. Di media sosial, netizen Inggeris sendiri setuju bahawa mereka sebenarnya tiba tiba tidak memalukan imej negara kerana tidak mabuk.

 

Sebelum ini terdapat laporan peminat Wales dan England yang bergaduh di luar kelab malam. Namun itu berlaku di Tenerife Sepanyol. Ketika mereka mengadakan parti tontonan Piala Dunia di sana.

Golongan ini sebelum ini menyatakan bahawa mereka menikmati tontonan bola sepak sebenar dengan adanya bir. Namun keadaan menjadi huru hara selepas itu.

Qatar sangat tegas dalam isu alkohol di dalam stadium. Malah larangan alkohol turut dikenakan di sekitar luar stadium.

Ada zon khas untuk pelancong asing yang mahu minum alkohol. Dan zon itu sangat jauh daripada 8 venue Piala Dunia 2022.

Peminat England dan Wales kali ini benar benar fokus kepada menyokong pasukan mereka dengan semangat kesukanan berbanding sebelum ini. Asal kalah je mula buat hal.

Lantas ramai mencadangkan agar England meniru Perancis dan Qatar agar mengharamkan alkohol di dalam stadium. Jadikan ia budaya baharu ketika menyaksikan bola sepak.

Memang ramai yang lebih menyukai peminat British atau Inggeris di Qatar kali ini. Mereka lebih santai dan lebih ramah.

Tak lupa juga, mereka pernah memalukan siaran tv Israel dengan menjerit bebaskan Palestine. Membuatkan ramai netizen rasa ianya agak kelakar dan pada masa yang sama mereka berkata: “Sejak tak ada alkohol ni, mereka betul betul jadi manusia.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai