Bengang Bendera Palestin & Salah Ditanggal Dari Stadium, Green Brigade Keluar Bersolidariti Dan Kutuk BOD Kelab

Penyokong Celtic memang dikenali dengan keterbukaan mereka menyatakan sokongan kepada Palestin.

Sebelum ini, ketika Palestin sedang dalam krisis kemanusiaan, penyokong Celtic telah memenuhi tempat duduk mereka dengan bendera Palestin.

The Green Brigade menyatakan sokongan mereka sekali lagi kepada Palestin atas dasar kemanusiaan.

Namun apa yang mengecewakan, pengurusan tertinggi kelab telah mengarahkan bendera itu ditanggalkan dan pihak petugas stadium telah menuruti arahan tersebut.

Celtic menganggap tindakan penyokong itu sebagai tidak boleh diterima kerana menganggu hari penghormatan Scott Brown.

Tindakan pengurusan tertinggi kelab itu membuatkan The Green Brigade merasa marah dan kecewa.

The Green Brigade berkata: “Pagi ini, Green Brigade mengatur dua penghormatan kecil untuk dua isu yang sangat dengan dengan hati penyokong Celtic.”

“Pertamanya kami memberikan penghormatan buat kapten yang akan meninggalkan kelab, Scott Brown. Tapi kami tak dapat memberikan dia selamat tinggal yang Scott berhak dapat, maka kami letakkan banner untuk memperingati hari terakhirnya di Celtic Park.”

” Banner  ‘Brown 8’ bukan sahaja untuk menghargai Brown namun kami menjual t shirt khas untuk kebajikan oleh North Curve Celtic, wang yang kami dapat akan diberikan kepada Hospital Kanak Kanak Glasgow untuk menyokong mereka. Setakat ini sudah £7,000 yang kami dapat.”

“Seterusnya, kami mengibarkan bendera yang sah [Palestin – sebagai tanda mengiktiraf Palestin itu satu negara], dan telah menjadi kebangaan penyokong Celtic dari generasi ke generasi. “Kami sangat kecewa, dan sedih tetapi tak terkejut sama sekali – apabila bendera Palestin menimbulkan ‘kesusahan’ bagi Celtic plc.”

“Walaupun kami melihat mengibarkan bendera Palestin itu atas dasar sebagai tindakan kemanusiaan dan solidariti – menanggal dan menapis bendera Palestine telah menunjukkan sejauh mana lembaga pengarah kami sekarang telah menyimpang dari nilai-nilai Celtic Football Club.”

“Untuk kekal neutral ke atas tindakan tindakan jijik dan keganasan melalui penindasan oleh pihak yang menindas, ianya adalah satu penghinaan kepada kelab kami.”

“Akhir sekali, kami meletakkan satu banner untuk memberikan penghormatan kepada rakan kami dan seorang penyokong Celtic bernama Salah Ajarma, yang meninggal dunia dalam keadaan tragis.”

“Dia merupakan penyokong setia dan kerap datang ke Glasgow dan Celtic Park. Salah bertemu Scott Brown pada 2012 dan dia membawa sekumpulan pelarian Palestin bersama dengan bendera mereka ke Celtic Park.”

“Kenyataan kelab Celtic ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak tepat. Tindakan mereka menghilang dari platform media sosial membuktikan pengecut mereka yang harus bertanggungjawab. Kami yakin bahawa sokongan Celtic akan terus bersama dengan rakyat Palestin.:”

“Green Brigade juga menyeru peminat untuk bergabung dengan demonstrasi tempatan untuk menyokong Palestin hujung minggu ini.”

Siapakah Salah Ajarma dan kenapa beliau sangat istimewa di hati penyokong Celtic

Salah Ajarma merupakan aktivis kemanusiaan Palestin yang sangat rapat dengan The Green Brigade dan pernah menjadi ketua pertubuhan kebajikan yang menerima cek bantuan kemnausian dari The Green Brigade.

Ketika itu The Green Brigade bersama sama dengan Salah Ajarma dalam membantu pelarian Palestin di kem pelarian Aida di Lajee Center.

Salah merupakan pengarah kem pelarian terebut yang terletak di Baitul Maqdis. Ajarma Salah menjadi inspirasi kepada Green Brigade kerana semangatnya. Dan dia beberapa kali ke Glasgow. Beliau pernah membawa beberapa orang Palestin bersamanya untuk ke Celtic Park bagi mengambil cek bantuan kewangan yang dikumpul The Green Brigade untuk kem Lajee Center. Ketika itu The Green Brigade membiayai mereka.

Ajarma Salah juga terkenal sebagai seorang yang mesra dan suka berjenaka. Beliau meninggal dunia bulan lalu di rumahnya. Ajarma disahkan mati mengejut.

Dan seperti dijanjikan The Green Brigade dan penyokong Celtic mengadakan perhimpunan solidariti kepada Palestin sambil mengutuk tindakan pengurusan tertinggi kelab mereka.

Itulah kisah The Green Brigade dengan Palestine dan Salah Ajarma yang luar biasa.

Baca juga:Kisah Empati Penyokong Celtic Buat Palestine, Didenda UEFA 2 Kali, Total RM143.5K, Hikmah Di Sebaliknya Sangat Besar

Ada bait lagu daripada chant peminat Celtic dari lagu The Fields of Athenry. Lagu tersebut dicipta pada 70-an, dan ianya menceritakan tentang keluarga yang dirampas tanah mereka dan hidup dalam kebuluran pada era Great Irish Famine pada pertengahan abad ke-19 – di Ireland.

Akibat kelaparan, si ayah ditangkap cuba mencuri makanan daripada keluarga yang mencuri tanah mereka. Dia dipenjara dan dihantar ke Australia. Hukuman paling berat kepada pesalah di Britain zaman itu yang menjadikan Australia sebagai tempat pembuangan banduan.

Maka tinggallah isteri dan anaknya sahaja tanpa si ayah.

Penyokong Celtic simpati dengan Palestine kerana sejarah nenek moyang mereka. Di mana mereka pernah mendengar cerita yang hampir sama dengan Palestine. Di mana, tanah mereka dirampas dan kemudian menjadi ‘orang asing’ di tanah sendiri.

Oleh itu, penyokong Celtic sangat berani dan lantang dalam isu isu berkaitan dengan Palestine.

Dan ketika artikel ini ditulis, penyokong Celtic sedang bersolidariti sekali lagi untuk Palestine.

Namun kemudian, ianya diarahkan untuk ditanggalkan. Ia sedang mengundang kemarahan para penyokong pada ketika ini.

Penyokong Celtic dan Palestine

Celtic yang berpangkalan di Glasgow, dianggap salah satu tempat paling berhaluan kiri di Britain. Mereka juga menyokong semangat sosialis, kelas pekerja dan juga sangat aktif dalam menentang dasar apartheid.

Sejarah moyang mereka yang kebuluran pada era The Great Famine di Ireland telah membuatkan jutaan rakyat di sana ketika itu mati dengan cara sangat sukar dibayangkan.

Oleh kerana tanah mereka dirampas golongan kaya membuatkan diaspora orang Ireland ke seluruh dunia. Mereka mahu lari daripada kemiskinan melampau, penindasan di tanah sendiri dan mahu mencari masa depan lebih baik untuk anak dan cucu mereka akan datang.

Ramai antara mereka yang menetap di Glasgow dan membentuk komuniti Irish yang kuat. Nama seperti Roy Keane antara nama yang sangat simbolik dengan masyarakat Ireland dan Celtic.

Bebalik kepada sejarah mereka, oleh kerana terlalu ramai orang Ireland berhijrah ke Glasgow gara gara Great Famine tersebut. Namun mereka ada konflik dengan masyarakat Glasgow pada ketika itu kerana mereka rata rata berpegang kepada mazhab katolik.

Celtic FC ditubuhkan pada 1887 ooleh Brother Walfrid, seorang kerani yang bekepercayaan katolik. Dan dia seorang yang dermawan. Cuba membantu imigran Ireland di Glasgow untuk keluar dari kemiskinan. Salah satu daripada caranya adalah dengan menubuhkan pasukan bola sepak yang boleh menjana wang pada masa itu, dalam revolusi sukan pada era tersebut.

Celtic mulai menjadi harapan kepada orang Ireland di Glasgow. Di mana mereka kini boleh berimpian untuk bermain ataupun bekerja di dalam kelab tersebut.

Celtic kemudian menjadi kelab paling berjaya di Scotland. Dan pada masa yang sama berseteru dengan pasukan sebandar iantu Rangers.

Beberapa tahun lalu, bendera Palestine dikibarkan dalam pertemuan antara Celtic dan kelab Israel, Hapoel Beersheva. Pihak Israel membantah secara rasmi perbuatan itu dengan mengaitkan penyokong Celtic sebagai membawa propaganda politik ke dalam padang.

Penyokong Celtic membuat solidariti itu ketika aksi berdepan Beersheva kerana kelab itu hanyalah 20 batu dari Gaza, tempat yang dibom oleh Israel beberapa hari sebelum perlawanan tersebut.

Adakah UEFA merasakan mereka boleh memisahkan bola sepak dengan manusia? Dengan menuduh ianya motif politik.

Penyokong Celtic tidak peduli, walaupun mereka tahu mereka telah melakukan salah satu perkar paling kontroversi. Solidariti daripada penyokong Celtic kepada Palestine tak pernah luntur. Bukan sahaja bendera Palestine, malah mereka menggunakan kaffiyeh sebagai banner dan mafla mereka.

Wakil penyokong Celtic menyatakan mereka tidak membawa propaganda politik. Kerana mereka tidak menaikkan bendera Fatah mahupun Hamas. Sebaliknya mereka hanya menaikkan bendera. Dan tidak ada salahnya mengibarkan bendera negara lain.

Sebab banyak kelab lain melakukannya. Walaupun mereka tidak ada pemain dari negara tersebut, tetapi bukan kesalahan pun menaikkan bendera negara lain di dalam stadium.

Dalam konteks yang lebih besar, penyokong Celtic menyatakan solidariti mereka kepada orang awam Palestine yang ditindas oleh rejim zionis.

Malah sebelum ini mereka adalah penyokong yang paling lantang bersuara tentang dasar apartheid di Afrika. Mereka juga menyokong suara masyarakat Basque yang mahu merdeka dari Sepanyol.

Tradisi kelab Celtic itu sendiri dibina oleh masyarakat yang terpaksa lari daripada penindasan di bumi sendiri. Nasionalis mereka dihukum termasuk dihukum bunuh di Ireland Utara.

Ternyata mengibarkan bendera Palestine telah menjadi kes besar di mata UEFA.

Penyokong yang digelar The Green Brigade itu juga mengibarkan banner: “Refugees welcome, a club founded by immigrants,” ketika konflik Syria. Di mana ketika itu Arab Saudi dilaporkan menutup pintu kepada pelarian perang Syria.

Di mana ketika itu pelarian Syria ini terpaksa melarikan diri ke Turki, Jordan dan Lebanon. Tetapi bukan ke Arab Saudi.

Penyokong Celtic bersama sama dengan beberapa kelab lain terutama sekali di Jerman, menyertai kempen ‘Refugees Welcome’.

Penyokong Celtic memang penyokong yang sangat lantang dalam isu kemanusiaan. Tetapi UEFA dan beberapa media pro Israel mulai mengecam mereka dan menganggap The Green Brigade telah membawa semangat anti Israel dan anti semitik ke dalam lapangan bola sepak.

Penyokong Celtic menafikan mereka anti Israel, atau anti semitik, mereka cuma mengecam tindakan pihak yang menindas, dan mereka menyatakan solidariti kepada pihak yang ditindas iaitu Palestine.

Mereka juga menyatakan, akan melakukan perkara yang sama kepada Israel, jika mereka berada di pihak yang ditindas dan Palestine yang menindas.

Malah penyokong Celtic sendiri menyatakan mereka antara yang lantang mengecam fasisme dan nazisme.

Namun Uefa tak nak mendengar penjelasan tersebut dan mereka mengenakan tindakan kepada Celtic atas alasan gagal mengawal penyokong mereka dengan membawa agenda politik ke dalam bola sepak.

Celtic berdepan tindakan

Celtic diminta memberikan penjelasan di atas apa yang berlaku. The Green Brigade kemudian menyatakan mereka akan membayar apa sahaja hukuman oleh UEFA ke atas mereka. Dan tidak akan menyesal langsung dengan tindakan mereka.

UEFA.com menjelaskan: “Hukuman bakal dikenakan kepada Celtic atas kesalahan mempamerkan kain rentang atau bendera yang tak dibenarkan.”

“UEFA melarang sebarang ekspresi mesej politik terutama sekali yang mengundang rasa ofensif kepada pasukan lawan.”

Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong, seperti mengibarkan bendera terlarang dan membakar suar, boleh menyebabkan kelab didenda melebihi £100,000 oleh UEFA.

Sejarah berulang

‘Kesalahan’ mengibarkan bendera Palestin ini bukanlah aksi solidariti pertama dari penyokong Celtic kepada penderitaan rakyat Palestin. Pada 2014, mereka pernah mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang KR Reykjavik pada Julai 2014.

Akibatnya, Celtic pada ketika itu didenda £16,000 oleh UEFA.

Penyokong Celtic membayar denda tersebut. Dan angka yang diraih di Gofundme dari seluruh dunia sangat luar biasa. Dalam masa 24 jam sahaja mereka sudah mendapat £40,000. Jauh daripada sasaran £15,000 yang mereka tetapkan. Dan dalam masa dua hari dilaporkan tabung bantuan mereka sudah meraih £90,000.

Mengapa £15,000 dahulu? Ini kerana £15,000 merupakan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Celtic pada 2014 selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin.

Jadi, apa yang mereka akan lakukan dengan wang yang sebanyak itu? Di mana angkanya sangat jauh lebih besar. Penyokong Celtic memutuskan untuk mendermakannya kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Mereka merancang untuk mengumpul derma sebanyak £15,000 dahulu sebelum dibahagi-bahagikan 50/50 kepada:

Medical Aid Palestine (MAP) – sebuah badan kebajikan yang membekalkan servis kesihatan dan penjagaan perubatan kepada mangsa konflik dan pencerobohan wilayah di Palestin.
Lajee Centre – sebuah pusat bertanggungjawab menawarkan harapan dan medium ekspresi kepada kanak-kanak pelarian Palestin di kem pelarian Aida, Bethlehem melalui program-program kebudayaan dan sukan.

UEFA kemudian memutuskan bahawa penyokong Celtic tetap bersalah dan mendenda kelab £8,615 Sebagai rekod itu adalah kali kesembilan penyokong Celtic didenda oleh UEFA. Dan yang paling besar masih lagi denda £16,000 kerana bendera Palestine ketika aksi berhadapan dengan KR Reykjavik.

Dan ketika UEFA mengumumkan hukuman tersebut, tabung bantuan denda penyokong Celtic sudah ada £172,000. WOW!

Jadi secara terkumpul penyokong Celtic sudah didenda £24,615 ataupun  sekitar RM143,500.00

Dan hikmah pada kali ini sangat besar. Di mana kesemua baki £163385 / RM952k, hampir RM1 juta daripada denda itu disalurkan ke kebajikan Palestine seperti yang mereka rancang. Jumlah itu sangat besar. Mereka mendapatkannya dengan cara yang sangat unik.

UEFA mendapat kritikan teruk daripada ramai pihak kerana mereka berterusan menggunakan kad politik ke atas isu kemanusiaan.

Baca yang lain

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.