Bengang Dikencing Penaja, Inter Buang Terus DigitalBits Dari Jersi

Inter Milan sudah hilang sabar dengan DigitalBits yang merupakan penaja depan jersi mereka.

Dan dalam aksi berdepan AC Milan, mereka memutuskan untuk menggunakan jersi kosong tanpa penaja.

Sebenarnya sejak aksi menentang Lazio lagi, Inter sudah membuang nama gergasi blockchain itu daripada jersi mereka.

Ianya gara gara DigitalBits kencing kelab itu dan tidak membayar tajaan bernilai €85 juta semusim seperti dipersetujui pada 2021.

Inter tidak menerima bayaran langsung musim ini. Dan Inter sudah mengumumkan pada November bahawa mereka sedang mencari rakan kongsi baharu untuk menjadi penaja jersi mereka selepas DigitalBits kerapkali beralasan untuk membayar tajaan mereka.

Inter bukan yang pertama dikencing hidup hidup oleh DigitalBits. AS Roma turut menjadi mangsa. Dan kelab itu turut mengambil pendekatan membuang nama DigitalBits dari jersi mereka.

Jurucakap DigitalBits sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menerima tindakan Inter itu.

Kerana syarikat itu ternyata tidak membayar tajaan.

Dalam kenyataan yang tidak menjelaskan apa apa itu, DigitalBits cuma menjelaskan, mereka menaja kelab seperti Inter dan AS Roma untuk memberikan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang sistem urus niaga masa depan menggunakan blockchain.

Ternyata syarikat itu mengakui mereka terburu buru mengeluarkan nilai tajaan terlalu besar.

“Yayasan Digitalbits telah menjalankan proses proaktif untuk pentakrifan semula perkongsian yang akan melibatkan jenama Digitalbits pada masa hadapan,” tambah kenyataan itu lagi.

Inter Milan perlukan wang tajaan itu. Kerana mereka bergelut untuk pulih dari segi kewangan selepas pandemik.

Mereka sedang berusaha mendapatkan hak mereka menerusi perundangan.

Dan berharap akan berjaya menamatkan kemarau UCL sejak 2010, untuk menarik lebih banyak tajaan.

Inter menang 2-0 ke atas musuh sebandar dan se-stadium, AC Milan pada aksi separuh akhir pertama UCL 2022/23.

Baca yang lain