Bengang Dimaki Hamun, Pengadil Ambil Pistol Dan Tembak Ke Arah Penyokong

Seorang pengadil di Amerika Syarikat telah ditahan berikutan tindakannya yang koyak terus menembak ke arah tempat duduk penyokong.

Kejadian itu berlaku pada 15 Ogos lalu. Menurut laporan, pengadil bernama Davi Bazeth itu telah melayangkan kad merah kepada seorang pemain. Bermakna dia membuang padang pemain tersebut.

Tindakannya membuatkan pemain pemain pasukan tersebut bengang dan bertikam lidah dengannya.

Para pemain juga turut bertengkar sesama mereka. Sehinggakan ada pemain yang merampas kad merah dari tangan Davi. Dia sangat tercabar ketika itu, kerana tiada seorang pun menghormati keputusannya.

Tidak tahan dengan konfrontasi dan kata kata kesat, dia pergi ke arah tempat parkir dan membuka keretanya.

Dia berjalan semula, masuk ke padang dengan sepucuk pistol di tangannya.

Pemain yang dikenakan kad merah pada masa itu mendakwa bahawa Davi menghalakan pistol ke arahnya serta beberapa orang penyokong.

Dalam keadaan yang benar benar mengejutkan itu, Davi terus melepaskan 1 tembakan rambang.

Timbalan Ketua Polis cawangan Pauls Valley, Derrick Jolley menyifatkan tindakan Davi itu sangat bahaya kerana dia menembah ke arah tempat duduh penyokong. Sambil menyatakan ianya satu keajaiban kerana tidak seorang pun terkena peluru tersebut.

“Ianya sangat bahaya. Kita anggap ianya satu keajaiban kerana tak seorang pun tercedera terkena tembakan itu. Sangat sangat bahaya.”

“Keadaan boleh menjadi lebih teruk. Di sana ada keluarga yang berada di sana, bukan sahaja orang dewasa tetapi ada kanak kanak serta pemain pemain lain.”

Selepas melepaskan satu round tembakan, Davi terus berlalu masuk semula ke dalam keretanya dan dan beredar.

Tidak lama selepas itu, dia ditahan polis dan disumbat ke dalam lokap.

Polis merampas pistol A.380 kaliber dan peluru. Kejadian itu dianggap sangat gila. Lebih lebih lagi banyak kes tembakan ke arah orang awam di AS dalam beberapa tahun ini.

Kejadian yang serupa pernah berlaku di Santa Fe Brazil. Pengadil mengeluarkan pistol selepas tidak berpuas hati dengan pemain yang melawannya.

Kejadian itu berlaku pada 2015 yang lalu.