Bengang Disisih Argentina, Di Maria Cabar Jurulatih Buang Nama Messi Dan Aguero Sekali

Angel Di Maria berasa sangat kecewa setelah terus disisihkan oleh pasukan kebangsaan Argentina. Namanya tidak termasuk dalam senarai 30 pemain yang bermain dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 bagi perlawanan minggu antarabangsa bulan Oktober.

Jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Scaloni, memilih untuk memanggil ramai pemain muda ke dalam skuadnya.

Argentina akan dijadualkan menjadi tuan rumah Ecuador pada 8 Oktober dan bertolak ke ibu negara Bolivia lima hari kemudian.

Di Maria menyatakan dia masih tidak dapat menerima hakikat namanya disisihkan.

Dia malah tak henti henti memikirkannya kerana dia merasakan dirinya telah menunjukkan prestasi maksimum di peringkat kelab.

Lebih-lebih lagi, dia dapat membawa Paris Saint-Germain (PSG) ke pentas final Liga Juara-Juara musim lalu. Beliau menganggap itu merit yang harus dipertimbangkan Scaloni.

“Saya tidak dapat mencari penjelasan, saya tidak mempunyai kata-kata untuknya. Pasukan kebangsaan Argentina adalah yang paling penting bagi saya,” kata Di Maria kepada Radio Closs Continental.

“Kerana saya bekerja keras di PSG, itu adalah peluang untuk dipanggil ke pasukan kebangsaan dan dapat bersaing. Sulit untuk memahami hakikat bahawa ketika berada di saat yang baik saya tidak dipanggil mewakili negara saya..”

Di Maria terakhir bermain untuk Argentina di Copa America 2019. Sejak itu, namanya tersingkir dari skuad Albiceleste.

Scaloni lebih suka memanggil ramai pemain muda di posisi sayap. Di Maria menyatakan dia tidak dapat menerima teori itu.

Dan dia mencabar Scaloni untuk mengggugurkan nama Lionel Messi yang setahun lebih tua daripadanya.

Selain itu Di Maria juga mencabar Scaloni untuk menyisihkan beberapa pemain yang sudah di atas 30 tahun yang lain seperti Aguero dan Otamendi.

“Adakah saya terlalu? Ramai orang mengatakan bahawa saya sudah tua, tetapi saya berusia 32 tahun dan saya terus berlari dengan cara yang sama,” tambahnya.

“Jika saya terlalu tua untuk dipanggil, jadi, untuk itu, Messi, Aguero dan Otamendi juga tak patut dipanggil, dan pemain [veteran] lain yang beraksi cemerlang.”

“Dalam setiap perlawanan, saya menunjukkan bahawa saya belum tua, dan saya boleh berada di tahap Neymar dan (Kylian) Mbappe.”

“Saya berada pada prestasi terbaik sejak 18 bulan terakhir dan tak dipanggil. Saya akan terus berusha membuktikan apa yang saya mampu lakukan kepada skuad.”

“Saya berharap dengan seluruh jiwa raga saya untuk menyarung jersi Argentina sekali lagi. Setiap kali saya bermain bagus, saya akan memikirkan itu akan memberikan saya peluang dipanggil mewakili negara saya.”

“Ya benar, saya sudah 12 tahun bermain untuk negara saya, namun itu impian saya dan saya mahu berada dalam pasukan.”

Scaloni memberikan respon kepada cabaran Di Maria ke atasnya untuk menyisihkan Messi dan Aguero.

Menurut Scaloni, Di Maria masih ada harapan untuk dipanggil dan pintu Argentina masih terbuka untuk pemain itu.

Scaloni mempertahankan keputusannya dalam pemilihan pasukan. Beliau berkata: “Saya tidak bimbang dia marah.”

“Saya menghargainya, tetapi selepas Copa America, dalam enam perlawanan itu, pasukan kami bekerja tanpa Di Maria. Dan saya tidak akan menggunakannya kali ini.”

“Dia bukan sebahagian daripada panggilan kali ini, tetapi dia tidak ‘di luar’ kelompok untuk panggilan pasukan kebangsaan.”

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil