Bengang Messi Dikasari, De Paul Ketua Pemain Argentina ‘Serang’ Flores

Kem Argentina memang sudah berikrar akan bersatu dalam melindungi Lionel Messi. Malah di peringkat kelab, para pemain Argentina yang berhadapan dengan Lionel Messi dilaporkan sudah diingatkan oleh pengurus mereka, Scaloni bahawa mereka harus mengelakkan diri daripada mencederakan bintang utama mereka itu.

Dalam aksi berdepan Honduras, pemain lawan telah mengasari Messi. Dan respon daripada rakan sepasukan Messi menceritakan segalanya. Mereka tidak mahu playmaker dan bintang utama mereka itu cedera dengan Piala Dunia bakal berlangsung kira kira 2 bulan lagi.

2 gol Lionel Messi membantu memastikan kemenangan menyeluruh 3-0 untuk Argentina ke atas Honduras di Miami. Sekaligus melanjutkan rekod tanpa kalah mereka yang mengagumkan menjelang Piala Dunia Qatar.

Kapten Argentina itu menjaringkan gol pada setiap separuh babak, gol pertamanya telah menggandakan kelebihan yang diberikan kepada pasukan Lionel Scaloni oleh Lautaro Martinez yang menjaringkan gol lebih awal.

Argentina tidak pernah kalah dalam 34 perlawanan menjelang perlawanan Selasa menentang Jamaica di New York.

Dengan kekalahan terakhir mereka pada separuh akhir Copa America 2019, beribu-ribu penyokong Argentina yang memenuhi Stadium Hard Rock dengan 64,420 penonton berada dalam suasana penuh harapan dan berasa gembira apabila pasukan Honduras yang agresif telah dihancurkan sepenuhnya oleh bola sepak cantik dan laju.

Honduras gagal melayakkan diri ke Qatar dan berada di bawah tekanan dari awal permainan, Alejandro Gomez melakukan percubaan awal sebelum Rodrigo De Paul melakukan rembatan tersasar.

Pasukan Amerika Selatan itu mendominasi penguasaan bola dengan Messi mula melakukan beberapa keajaiban namun kerap dicabar dengan agresif oleh pertahanan Honduras.

Dan penyerang Paris St. Germain yang memulakan gerakan yang mencipta gol pembukaan untuk Martinez pada minit ke-16, hantaran cemerlang membebaskan Gomez di sebelah kiri dan hantaran lintangnya ditepis dengan mudah.

Honduras yang tidak berputus asa kemudian mengasari Messi. Pemain pemain Argentina kemudian bertindak menyerbu pemain Honduras dan memaki hamunya di atas tindakan tidak ada semangat kesukanan itu.

Mereka mendakwa Messi telah dikasari dan disiku oleh Deiby Flores.

Rodrigo De Paul terus mengetuai angakatan askar Argentina bertindak memarahi pemain tersebut. Kerana ini cuma perlawanan persahabatan.

Sebelum ini De Paul pernah berkata: “Kami akan pergi berperang jika ada apa apa berlaku pada Messi.”

Messi menambah gol untuk Argentina pada minit ke-45+2 menerusi sepakan penalti.

Bekas bintang Barcelona itu, yang bermain selama 90 minit penuh, kekal dalam aksi dan hampir meraih gol keduanya pada minit ke-56 tetapi diselamatkan.

Julian Alvarez, penyerang Manchester City, diperkenalkan pada separuh masa kedua dan percubaan bahayanya dinafikan oleh penjaga gol Honduras, Luis Fernandez ketika Argentina mencari gol seterusnya untuk mengukuhkan dominasi mereka.

Messi akhirnya mencetak gol kedua peribadinya dengan penyudah cemerlang ke atas Fernandez pada minit ke-69 untuk memastikan bahawa kemenangan Argentina itu tanpa sebarang keraguan.

Argentina berdepan Arab Saudi, Mexico dan Poland dalam Kumpulan C di Piala Dunia 2022. Ini dianggap Piala Dunia penting untuk Messi menamatkan penantian dia dan negaranya untuk memenagi Piala Dunia sekali lagi.

Messi mungkin akan berada di peak terbaiknya yang terakhir dalam Piala Dunia 2022. Argentina jelas sekali tampil sebagai salah satu pasukan pilihan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.