Benjamin Mendy Kecewa Tak Disumbat di Lokap VIP Dalam Penjara Paling Ganas Di UK

Pemain Manchester City, Benjamin Mendy disabitkan dengan beberapa pertuduhan rogol. Dan dia bakal disumbat ke dalam penjara yang dianggap antara yang paling ganas.

Penjara tersebut dilaporkan mencatatkan puratan kes serangan di kalangan banduan dalam sebulan. Terdapat 338 kes serangan pada tahun ini berlaku walaupun banduan – banduan ini dipisahkan menerusi polisi penjarakan sosial kerana pandemik.

35 daripada insiden tersebut merupakan serangan dan pergaduhan yang melibatkan senjata. Di mana banduan banduan tersebut membuat sendiri sejata.

Seorang banduan menghasilkan senjata dengan menggunakan berus gigi yang diasah dan menyerang banduan lain. Akibatnya, dia ditambah 10 bulan lagi hukuman penjara.

Pada Isnin lalu, Mendy dikenakan pertuduhan ke atas 6 kesalahan seksual oleh CPS (the Crown Prosecution Service) dan ditambah dengan dua lagi kes serangan rogol pada Selasa lalu.

Penjara tersebut adalah penjara HMP Altcourse, di Liverpool yang diletakkan dalam kategori B. Dianggap sebagai salah satu penjara paling digeruni kerana sangat brutal.

Mendy dilaporkan agak kecewa kerata tidak ditempatkan di penjara VIP Wing yang dikhaskan untuk orang kenamaan termasuk selebriti.

Bagi zon VIP, banduan di situ akan menikmati banyak keistimewaan dan lebih selesa. Ini termasuk fasiliti sukan, tempat untuk bersidai bawah matahari dan memancing.

Bukan itu sahaja, mereka juga difahamkan dibekalkan dengan kelengkapan hiburan dan rekreasi yang lain termasuk PS5.

Malangnya, Mendy akan diletakkan di cell biasa. Sebagai tambahan, walaupun berada di zon VIP sekalipun, tetap banyak kes serangan yang berlaku di sana.

Menurut Independent UK, penjara tersebut kini dihuni 1113 orang banduan dengan 29 kes serangan dilaporkan setiap bulan.

Akibat kes serangan yang serius serta penyeludupan dadah yang berleluasa ke dalam penjara tersebut, maka kerajaan mengumumkan bahawa penjara tersebut akan dilengkapi AI untuk membantu warden memantau keselamatan di dalam penjara tersebut.

Benjamin Mendy merupakan pemain antarabangsa pasukan Perancis dan sebahagian daripada pemain yang memenangi Piala Dunia 2018.

Mendy menyertai Manchester City pada 2017 dengan yuran perpindahan £52 juta. Dia hanya bermain 75 kali untuk Man City.

Beraksi cemerlang pada musim awal dia menyertai Man City. Namun kemudian kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama kerana krisis prestasi dan juga beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Mendy digantung oleh kelab pada Ogos lalu kerana siasatan kes rogol ke atasnya.

Mendy sebelum ini menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Namun pendakwaraya yakin bahawa mereka memiliki bukti kukuh untuk mendakwa Mendy.

 

Baca yang lain