Benjamin Mendy baru sahaja bebas daripada kesemua tuduhan serangan seksual dan memperkosa wanita baru baru ini.
Ternyata kesemua wanita yang ditidurinya atau melakukan hubungan kelamin dengannya adalah atas dasar kerelaan walaupun dia mengakui ada antaranya melibatkan aktiviti berkumpulan.
Menurut Mendy, sebagai pemain bola sepak yang bermain liga ternama dan kelab ternama adalah tidak sukar untuk dia membawa pulang mana mana wanita dia mahukan.
Dia menafikan wanita wanita ini dipaksa datang ke rumahnya. Malah dia mengakui ada wanita yang menawarkan diri kepadanya.
Mendy bersyukur kerana dia bebas daripada tuduhan memaksa dan memeras mangsanya dan memperkosa mereka.
Benjamin Mendy bertarung melawan beberapa pertuduhan jenayah berat berkaitan pemerkosaan dan cubaan memperkosa.
Kira kira enam wanita mendakwa Mendy merogol atau cuba memeperkosa atau cuba melakukan serangan seksual.
Namun begitu kesemua pertuduhan ke atas Mendy akhirnya digugurkan oleh juri. Benjamin Mendy ternyata sangat bersyukur di atas keputusan juri.
Dia menegaskan dia tak pernah melakukan hubungan kelamin tanpa kerelaan mana mana wanita. Dan menafikan pernah mengunci wanita di dalam rumahnya sambil menyembunyikan telefon pintar mereka.
Mendy mengakui dia seringkali meniduri wanita dan berpesta dengan wanita wanita ini namun tak sesekali dia memperkosa mereka. Kesemua tuduhan ke atasnya adalah palsu.
Dia menegaskan statusnya sebagai pemain bola sepak sangat mudah baginya mendapatkan mana mana wanita dia sukai dan membawa mereka balik. Namun dia konsisten menegaskan bahawa kesemua wanita yang dibawanya pulang adalah atas kerelaan mereka.
Ketika berada di luar mahkamah, Benjamin Mendy hanya mengeluarkan kenyataan ringkas iaitu: ‘Alhamdulillah’.
Dia memutuskan untuk berdiam diri daripada menjawab segala persoalan diajukan kepadanya.
Mendy malah sempat merasa duduk dalam penjara sebelum ini kerana pertuduhan dan dakwaan ke atasnya yang membawa kepada penahanannya.
Kini dia sudah bebas daripada pertuduhan jenayah kekerasan terhadap wanita.
You could even feel the emotions of Benjamin Mendy through the video. So sad. pic.twitter.com/EMJfgXMC9O
— Juliet Bawuah (@julietbawuah) July 14, 2023
Ramai mengucapkan tahniah kepada Mendy dan bertanya apa jadi dengan wanita yang membuat tuduhan palsu ke atasnya?
Ini kerana sudah banyak kes wanita membuat tuduhan palsu dibiarkan begitu sahaja dan mangsa mereka.
So, what happens to the women who falsely accused him?
This has to stop! Mendy literally wasted 2 years he's never going to recover back.
His team won the Premier League, FA Cup and Champions League. Not sure he's ever getting another chance to win the treble.
— Mutie Mule (@mutiemule) July 14, 2023
Seterusnya ramai juga menasihatkan Mendy agar tidak terjebak lagi dengan cinggey yang ternyata mampu menghancurkan kariernya.
Sepanjang tempoh dia disiasat dan turun naik mahkamah sejak 2021, Man City memutuskan untuk tidak membayar gaji pemain itu.
Dan kini pemain itu mahu mengheret Man City ke muka pengadilan dengan nekad menyaman kelab itu hampir €11.5 juta atau sekitar RM58 juta banyaknya.
Dia menyatakan dia langsung tidak dibayar gaji sehaj Ogos 2021 sehingga Jun 2023 kerana perjuangannya dalam menegakkan keadilan di mahkamah.
🚨 Benjamin Mendy is set to sue Manchester City for nearly €11.5M. 💰
The Frenchman wasn’t paid between August 2021 and June 2023 because of his legal battles and arrest and he intends to claim it back.
(Source: @guardian ) pic.twitter.com/Cd3nZYsC3U
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 10, 2023
Mendy menyambung semula karier bola sepaknya dengan menyertai FC Lorient di Perancis.
Namun bukan mudah untuk Mendy melawan pasukan guaman City yang terkenal dengan kehebatan mereka.