Benzema Ancam Sertai PSG Jika Real Madrid Tandatangani Penyerang Lain

Real Madrid dilaporkan terpaksa melupakan peluang untuk menandatangani penyerang Juventus, Dusan Vlahovic selepas Karim Benzema mengancam untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG), menurut laporan El Nacional.

Musim lalu, Benzema ternyata tidak dapat dikekang langsung sama ada di Sepanyol dan Eropah, membawa Madrid ke puncak kegemilangan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah dan berhak memenangi Ballon d’Or pada bulan November.

Walaupun Benzema kembali semula musim lalu, bos Real Madrid, Carlo Ancelotti telah mendesak kelab itu untuk menandatangani penyerang tengah sandaran [back up].

Pengurus Itali itu berpendapat kelab itu melulu meletakkan semua harapan mereka kepada penyerang berusia 35 tahun itu. Memandangkan Benzema sudah berusia dan bergelut dengan beberapa isu kecergasan.

Menurut El Nacional, Madrid pada mulanya mahu membawa Kylian Mbappe dari PSG sebagai pengganti Benzema menjelang musim 2022-23. Bagaimanapun, selepas penyerang antarabangsa Perancis itu membuat pusingan u, mereka mendapati diri mereka tidak mempunyai pemain yang sesuai untuk menggantikan Benzema.

Erling Haaland telah pun menandatangani kontrak dengan Manchester City dan perpindahan untuk Christopher Nkunku, Edin Dzeko, dan Edinson Cavani gagal.

Sebahagian besar perpindahan itu gagal disebabkan Benzema, menurut El Nacional.

Benzema tidak mahu mengambil risiko mengurangkan minitnya dengan mengalu-alukan pengganti langsung. Namun Benzema hanya terbuka menerima Kylian Mbappe yang boleh bermain di posisi sayap.

Madrid dilaporkan telah diberikan peluang untuk menandatangani Dusan Vlahovic pada musim sejuk, dengan pemain Serbia itu menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Turin kerana mahukan minit permainan lebih banyak bagi mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Namun Benzema dikatakan memberitahu kelab, mereka boleh meneruskan hasrat mendapatkan Vlahovic dan dia akan menerima tawaran PSG sebagai ejen bebas.

Vlahovic yang penuh harapan mahu menyertai Real Madrid dilaporkan diberitahu bahawa kelab itu tidak mahukannya.

Real Madrid pastinya tidak mahu mengambil risiko melepaskan Benzema dan mendapatkan Vlahovic.

Real Madrid cuba menjelaskan kepada Benzema bahawa Vlahovic hanyalah penyerang pilihan kedua di belakangnya.

Namun Benzema tidak rasa begitu. Kerana Vlahovic sendiri tidak gembira duduk di bangku simpanan Juve.

Lantas Real Madrid memutuskan mereka tidak mendapatkan no.9 baru.

Benzema, yang kontraknya dengan Madrid tamat pada Jun 2023, telah beraksi dalam 20 perlawanan untuk kelab itu merentasi semua pertandingan musim ini, menjaringkan 13 gol.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil