Benzema Anggap CR7 Bukan GOAT: ‘Ronaldo Terbaik Pun Dari Brazil’

Karim Benzema telah menyindir Cristiano Ronaldo yang menggelarkan dirinya sebagai GOAT.

Menurut Benzema, CR7 bukanlah GOAT. Dia malah bukan Ronaldo terbaik sekalipun. Kerana Ronaldo R9 adalah Ronaldo yang terbaik.

Baru baru ini, penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, telah mengklaim bahawa dia adalah pemain paling lengkap dalam sejarah bola sepak.

Ronaldo bercakap dalam temu bual baru-baru ini dengan Edu Aguirre, wartawan dari ‘El Chiringuito’.

Ditanya sama ada dia fikir dia adalah pemain bola sepak terbaik, Ronaldo berkata, ya! menang dia adalah pemain yang lengkap.

Kapten Portugal itu bagaimanapun mengakui bahawa sesetengah orang mungkin lebih suka pemain seperti Lionel Messi, Pele dan Diego Maradona. Namun dia menghormati pilihan mereka.

“Saya pemain paling lengkap yang pernah ada. Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan,” kata Ronaldo.

“Anda mungkin lebih suka Pele, Messi, Maradona, saya faham dan menghormatinya.”

“Saya melakukan segala-galanya dalam bola sepak. Saya bermain dengan baik dengan kepala saya, saya mengambil sepakan percuma yang baik, saya mampu menggunakan kaki kiri, kaki kanan, saya kuat.

“Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan, saya yang paling lengkap,” tambahnya lagi.

Kenyataan itu kurang dipersetujui Benzema. Namun dia menghormati pandangan Ronaldo secara peribadi.

Benzema berkata: “Rasanya, semua orang boleh menyembang apa yang mereka suka. Jika dia [Cristiano Ronaldo] rasa diri dia pemain terbaik dalam sejarah, maka ok je la.

“Ia bergantung kepada pandangan seseorang. Pada pandangan saya pula, Ronaldo terbaik adalah Ronaldo dari Brazil.

“Saya sebenarnya tak suka membandingkan antara pemain, mereka ada kisah mereka tersendiri. Dan dia [Cristiano Ronaldo] pun ada kisah dia tersendiri. Dan kisahnya sangat bagus.”

Di Maria: “Messi lagi bagus”

Seelum ini seorang lagi bekas rakan sepasukan Ronaldo, Angel Di Maria tidak setuju Ronaldo GOAT, sebaliknya GOAT adalah Messi.

Di Maria mengingatkan Ronaldo bahawa, Lionel Messi sudah mengalahkannya dalam banyak aspek.

Terutama sekali dari segi jumlah Ballon d’Or, Piala Dunia serta 2 trofi kejohanan serantau – Copa America.

Di Maria akui dia tidak terkejut dengan Ronaldo yang mendakwa dirinya GOAT. Kerana dia sudah kenal pemain itu di Real Madrid lagi.

Di Maria memberitahu wartawan: “Ianya bukan perkara mengejutkan saya. Saya bermain bersamanya di Real Madrid selama 4 tahun. Dia sentiasa macam ini, berusaha menjadi yang terbaik.

Malangnya buat Ronaldo, dia bermain pada era Messi yang merupakan GOAT sebenar, kata Di Maria.

“Namun malang untuk dia, sebab dia lahir pada era yang salah. Kerana ada seorang lagi yang terpilih.

“Realiti terakhir adalah catatan angka. Seorang ada 8 Ballon d’Or, yang seorang lagi cuma ada 5. Ianya sangat berbeza.

“Dan kemudian, Messi sudah memenangi Piala Dunia, yang memberikan perbezaan sangat besar. Dan Messi juga ada 2 lagi trofi Copa America.

“Pada pendapat saya tiada ragu lagi, Lionel Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak (GOAT).”

https://twitter.com/TheEuropeanLad/status/1890026185108672960