Benzema Cakap Depan Depan Salahkan Rakan Sepasukannya Di Al Ittihad Punca Dia Kemarau Gol

Karim Benzema menjawab dengan jujur pertanyaan wartawan tentang kenapa dia tidak cukup bagus di Al Ittihad berbanding di Real Madrid.

Benzema tanpa berselindung berkata, pasukan yang dia wakili sekarang dan pemain yang ada tidak berkualiti seperti di Real Madrid.

Benzema kini sudah 3 bulan tidak menjaringkan gol bersama skuadnya. Dia dilayan dengan sangat baik oleh kelab. Di mana pengurus sebelum ini dipecat kerana tidak sehaluan dengannya.

Benzema menyalahkan rakan sepasukannya sebagai punca dia tidak prolifik di Al Ittihad. Dia menyifatkan rakan rakannya sekarang tidak cukup membantu menciptakan peluang untuknya.

Benzema yang hadir sebagai pemain terbaik dunia, dengan kemenangan Ballon d’Or, ketika dia tiba di Al Ittihad. Namun kini menjadi pemain yang dianggap hanya makan gaji buta oleh beberapa pengkritik tegar bola sepak Saudi. Termasuk segelintir peminat Al Ittihad sendiri.

Benzema hanya menjaringkan 9 gol musim ini setakat ini. Jauh ketinggalan di belakang bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo yang sudah mencetak 29 gol bersama Al Nassr.

Wartawan bertanya kepada Benzema, kenapa prestasinya tidak seperti di Real Madrid. Benzema berkata: “Sebab permainan di sini tak sama. Di sini pemain dia tak sama dengan di Real Madrid. Saya perlukan sokongan daripada rakan sepasukan di atas padang.

“Saya tak boleh memenangkan perlawanan ini seorang diri. Saya perlukan banyak sokongan.”

Walaupun ramai setuju Real Madrid terlalu bagus untuk dibandingkan dengan Al Ittihad. Namun ramai juga yang menganggap itu bukan alasan untuk Benzema tidak menunjukkan aksi terbaiknya.

Seorang peminat Al Ittihad menyatakan: “Kamu terlalu banyak beralasan.”

Sementara yang lain menyindir: “Macamana nak serasi kalau kamu selalu ponteng latihan.”

Sindiran itu ditujukan kepada Benzema yang sebelum ini dilaporkan pernah pergi ke Eropah dan tidak sertai program latihan pasukan.

Ada yang mengaitkan pemergian Benzema ketika itu kerana dia kecewa dengan taktikal pengurus serta peranannya dalam pasukan.

Kemudian Benzema menerusi ejennya menyatakan pemain itu tidak dapat balik segera ke Al Ittihad kerana terperangkap dalam cuaca taufan yang melanda Mauritius. Di mana semua penerbangan dibatalkan.

Peminat yang lain mengingatkan Benzema tentang CR7 yang sentiasa memberikan impak di mana sahaja dia berada kerana sentiasa komited di atas padang dan di pusat latihan.

Sementara juga yang menegaskan bahawa, dengan gaji yang diterima Benzema itu, tiada alasan untuk dia tidak bersungguh sungguh.

Baca yang lain