Karim Benzema terus menunjukkan aksi cemerlang pada bulan ramadan di mana pemain itu turut berpuasa.
Sebelum ini pengurus Nantes, mengenakan larangan pemain berpuasa pada hari perlawanan kerana dianggap mengganggu prestasi pemain.
Namun ternyata Karim Benzema membuktikan sebaliknya. Karim Benzema menjaringkan satu lagi hatrik untuk Real Madrid dalam kemenangan 4-0 malam Rabu ke atas Barcelona dalam Copa del Rey – dan dia melakukannya ketika berpuasa pada bulan Ramadan.
Penyerang berusia 35 tahun itu, yang kini menyambut Ramadan sebagai sebahagian daripada agama Islamnya, sebelum ini bercakap tentang mengambil bahagian dalam bulan suci puasa.
Bercakap kepada Esquire tahun lalu, dia mendedahkan bahawa mengambil bahagian dalam Ramadan tidak memberi kesan kepada permainannya.
“Ramadan adalah sebahagian daripada hidup saya dan agama saya menjadikan Ramadan sebagai satu kewajipan,” katanya:
“Bagi saya, ia sangat penting dan saya berasa seronok apabila saya berpuasa.”
Kemudian, apabila ditanya apa yang dia bersyukur dalam hidup, pemain asal Perancis itu menjawab: “Saya bersyukur kerana berada dalam kesihatan yang baik.”
Pada petang Ahad, dalam pertembungan La Liga Real Madrid menentang Valladolid, pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan hatrik dalam masa tujuh minit termasuk sepakan gunting yang cukup hebat.
Dan hanya beberapa hari kemudian, penyerang Los Blancos itu menyumbat tiga lagi gol – kali ini di Camp Nou yang terkenal, di mana mereka mengesahkan tempat ke final Copa del Rey dengan kemenangan dominan ke atas pesaing ketat Barcelona.
Menjadikan dia pemain Real Madrid pertama melakukan hatrik dalam el clasico di Nou Camp sejak Ferenc Puskas pada 1963.
Karim Benzema is the first Real Madrid player with a hat trick at Camp Nou since Ferenc Puskás in 1963 🤯
Legendary performance 👏 pic.twitter.com/8Yh1KdgTmn
— ESPN FC (@ESPNFC) April 5, 2023
Dia juga pemain Los Blancos pertama sejak Ivan Zamorano pada 1995 yang menjaringkan tiga gol semasa El Clasico.
Benzema, yang dilahirkan di Perancis tetapi berketurunan Algeria, tahu impak besar agama dalam hidupnya.
Bercakap kepada majalah Vogue pada 2019, dia berkata: “Iman saya membantu saya untuk fokus setiap hari. Ia memberi saya manfaat dan ia adalah kekuatan saya untuk saya sendiri, keluarga saya, serta untuk kerja saya – untuk segala-galanya.”
Dia juga mahu anak-anaknya membesar dengan mengetahui asal usul serta warisan mereka, dengan agama menjadi tonggak penting.
“Saya sentiasa dibimbing oleh kepercayaan dan nilai saya,” katanya lagi.
“Adalah penting bagi saya untuk tidak lupa dari mana saya berasal, kerana perkara yang paling mudah dalam hidup adalah yang paling penting.”
“Asas bangunan akan membantunya berdiri tegak. Saya ingin menerapkan warisan ini kepada anak-anak saya.”
“Saya berharap ia akan sentiasa menjadi sebahagian daripada mereka dan apabila ragu-ragu, mereka boleh merujuk kepada nilai-nilai ini dan kepercayaan mereka. ”