Karim Benzema tiba tiba dikaitkan dengan Arsenal setelah pemain itu dikatakan sudah tak gembira lagi bermain di Arab Saudi.
Benzema yang kecewa dengan Al Ittihad baru baru ini telah meninggalkan kelab itu dengan bercuti ke luar negara tanpa pengetahuan mereka.
Benzema angkat kaki selepas kekalahan di tangan Al Nassr. Pada mula mula dahulu Benzema tidak sehaluan dengan pengurus dalam isu taktikal dan pemilihan kapten.
Ada beberapa kelab yang dikaitkan dengan Benzema. Ini termasuk dua bekas kelabnya iaitu Real Madrid dan Lyon.
Seterusnya Arsenal juga antara kelab yang dikatakan mahu menguatkan serangan mereka dengan membawa masuk penyerang veteran itu.
Ini selepas Fraz Fletcher melaporkan bahawa Arsenal mahu mendapatkan Benzema secara pinjaman.
Karim Benzema to Arsenal on loan until the end of the season — Discuss. 🇫🇷 #afc pic.twitter.com/BUVP7eWs4X
— afcstuff (@afcstuff) January 17, 2024
Fabrizio Romano mengulas tentang gosip perpindahan itu. Dan menegaskan bahawa buat masa ini tiada apa yang berlaku antara Benzema dengan Arsenal.
Pundit itu berkata: “Pada masa ini, tiada apa apa yang berlaku antara Arsenal dan Karim Benzema.
“Namun jika ada yang berubah pada hari berubah pada hari berikutnya, misalnya Arsenal memutuskan untuk membida atau cuba mendapatkan Benzema, saya akan beritahu kamu.
“Namun realitinya hari ini, Arsenal tidak ada melakukan apa apa rundingan berkaitan dengan Benzema.
“Secara umumnya, ia [perpindahan Benzema] akan menjadi perkara yang kita akan perhatikan dalam hari hari mendatang. Kerana situasi situasi tegang antara Benzema dan Ittihad.
“Namun buat masa ini, tiada apa apa untuk dilaporkan tentang perpindahannya ke Arsenal. Saya akan setiasa mengemaskini.”
🚨 Arsenal have discussed a loan move for Karim Benzema and are considering a move for the striker. 🇫🇷
(Source: TEAMtalk) pic.twitter.com/wY4cXjrpFi
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 17, 2024