Benzema Extend Kontrak Dengan Klausa Pelepasan €1Billion

Karim Benzema sudah rasmi menandatangani kontrak baharu dengan Real Madrid. Seperti yang kita semua tahu, Karim Benzema merupakan salah seorang pemain kesayangan Florentino Perez dan disenaraikan sebagai untouchable.

Bekas pengurus Real Madrid, Fabio Capello pada 2016 pernah berkongsi cerita bagaimana Benzema ini ibarat ‘darling’ kepada Perez. Capello menegaskan bahawa, setiap pengurus akan tertekan untuk meletakkan Benzema di bangku simpanan.

Pada satu ketika, Alvaro Morata beraksi dengan cemerlang, namun Zidane tetap menyisihkan pemain itu dan menurunkan Benzema yang ketika itu agak bergelut dengan prestasinya.

Capello berkata: “Memilih antara Morata dan Benzema adalah salah satu dilemah yang kamu mahukan sebagai pengurus. Namun Zidane menurunkan Benzema kerana Capello.”

“Zidane melakukan tugasannya dengan baik. Cuma saya terkejut dia meletakkan Benzema di kesebelasan utama.”

Real Madrid melanjutkan lagi kariernya sehingga 2023. Dan apa yang paling menari ialah, klausa pelepasan Benzema adalah €1 billion.

Sebenarnya, sebelum ini Benzema juga dilaporkan memiliki klausa pelepasan lebih €900 juta dalam kontrak terdahulu.

Florentino Perez mahukan Benzema terus kekal di Real Madrid sehingga kariernya berakhir ataupun bersara sebagai legenda kelab itu.

Perez pernah melabel Benzema sebagai pemain campuran Ronaldo R9 dengan Zinedine Zidane.

Setakat ini, Benzema sudah menjaringkan 281 gol untuk Real Madrid. Hanya di belakang Santillana dengan gol. Santillana kini berada di kedudukan keempat dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

Benzema sudah mewakili Real Madrid dalam 560 penampilan. Menjadikannya pemain kesepuluh terbanyak bermain untuk Les Merengues.

Ianya tahun yang indah buat Benzema. Beberapa bulan lalu beliau kembali ke pangkuan skuad kebangsaan untuk beraksi bersama Perancis selepas sekian lama disisihkan.

Terbaru beliau mendapat kontrak lanjutan yang dilaporkan memiliki bonus yang sangat lumayan, menurut penerbitan L’Equipe.

Benzema pernah berkongsi pengalaman pertamanya ketika menerima tawaran daripda Real Madrid.

Benzema berkata: “Bos [Florentino Perez] datang sendiri ke rumah saya. Saya sangat terkejut dan tak menyangka dia akan berbuat begitu.”

“Ketika saya melihat dia berada di rumah kami, saya terus tidak melihat lagi kelab lain.”

“Saya berjanji dengan dia, saya hanya akan pilih Real Madrid dan meyakinkan dia agar dia percayakan kata kata saya.”

“Figo, Raul, Beckham… Galacticos. Saya nak berimpian mahu bermain dengan mereka dalam satu pasukan. Dan tiba tiba Florentino datang ke rumah saya. Orang ini telah membawa Galaticos datang ke rumah saya yang kecil.”

“Saya tidak ada keraguan lagi, saya tak nak pergi ke kelab lain.”

Benzema akhirnya menyertai Real Madrid dari Lyon pada 2009. Dan beliau terus bersama dengan Real sehingga sekarang.

Baca yang lain