Benzema Mahu Saman Aktivis Kaitkan Dia Sebagai Pengganas Yang Sudah Bagi ‘Hint’

Benzema sedang menikmati musim terbaik dalam hidupnya dan mungkin dalam perjalanan untuk memenangi Ballon d’Or pada Oktober, selepas membantu Real Madrid ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Dia menjaringkan hatrik berturut-turut menentang PSG dan Chelsea, dan kemudian gol kemenangan menentang The Blues, sebelum Panenkanya, membantu Real Madrid menang menentang Manchester City memastikan tempat mereka di Paris akhir bulan ini.

Bagaimanapun, di luar padang, Benzema masih mempunyai isu yang perlu ditangani, berdasarkan beberapa catatan media sosial mengenainya, pada Oktober 2020, oleh Rieu.

Le Parisien melaporkan bahawa Benzema telah menyaman aktivis itu atas fitnah, selepas tokoh untuk parti Reconquette yang berhaluan kanan Perancis itu menyiarkan gambar penyerang itu bersama imam Nourdine Mamoune.

“Adalah menarik untuk mengetahui bahawa Benzema melawat imam Nourdine Mamoune, yang baru sahaja disiasat [berkaitan dengan pembunuhan guru sekolah menengah Samuel Paty oleh seorang pengganas],” kata kapsyen itu.

“Saya tidak sabar menunggu mahkamah mengambil perhatian dalam pembiayaan masjid di Bron [wilayah Benzema berasal],” tambah seorang pemegang fahaman sayap kanan yang kontroversi itu.

Mamoune tidak pernah didakwa dengan sebarang penglibatan dalam pembunuhan apatah lagi keganasan.

Dan Rieu juga mengaitkan Benzema yang tidak pernah sekali menyokong keganasan sama sekali. Benzema malah menjadi antara atlet yang lantang bersuara menentang ekstrimis.

Gambar kedua Benzema dengan jarinya menunjukkan ke atas telah disiarkan, di samping gambar beberapa pengganas turut mengangkat jari telunjuk mereka ke atas.

Rieu kemudian membuat teori konspirasi mengaitkan simbol itu sebagai satu petanda kepada kemungkinan serangan keganasan dalam masa terdekat.

Benzema memang sukakan posing gaya tersebut termasuk ketika dia meraikan gol.

Malangnya ada pihak mengaitkan simbol yang dianggap mulia itu sebagai hint bahawa Benzema menghantar isyarat akan ada keganasan berlaku.

Rieu mengulas, “Saya rasa Benzema mahu menghantar mesej kepada kita semua.”

Oleh sebab tidak tahan dengan fitnah itu, Benzema mengambil tindakan saman fitnah.

Rieu akan menghadapi perbicaraan mahkamah Lyon akhir bulan ini dan dia berada dalam mood yang yakin, memberitahu La Parisien, “Karim mahu menutup mulut saya… Beritahu dia saya telah memenangi semua kes saya sebelum ini.”

Rieu menyindir penyerang Perancis itu pernah terlibat dalam kes mahkamah pada masa lalu, apabila dia dituduh memeras ugut bekas rakan sepasukan kebangsaan, Mathieu Valbuena.

Dia didapati bersalah tahun lalu, dan dikenakan hukuman penjara yang ditangguhkan setahun, tetapi dibenarkan kembali ke pasukan Perancis untuk Euro musim panas lalu, selepas enam tahun tidak menyertai skuad kerana kes itu.

Ramai juga penyokong tegar Rieu menyokongnya dan menanggap dia sebagai wira menentang fasisme. Di ruangan komen penuh dengan komen komen mengeji dan mencaci Benzema termasuk mengutuk keturunan dan agamanya.

Namun ramai juga mengecam tindakannya. Dengan menyatakan bahawa simbol menunjuk 1 jari ke langit itu sebagai simbol ringkas untuk tauhid bagi seorang muslim.

Karim Benzema merupakan seorang pemain beragama Islam yang taat. Dalam bulan puasa yang lalu dia seringkali berkongsi gambar dia bersahur ataupun berbuka puasa dengan ringkas sekali.

Walaupun berpuasa, Benzema tetap berjaya menunjukkan aksi luar biasa mengalahkan pemain yang tak berpuasa sekalipun.

Benzema kini berpeluang menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga (yang sudah disahkan) dengan satu lagi kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.

Sejak pemergian Cristiano Ronaldo, Karim Benzema telah menjadi bintang utama Los Blancos.

Beliau juga dianggap sebagai penyerang yang tidak menunjukkan bahawa dia sudah berusia.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.