Benzema: Messi Dan Bola Sepak Adalah Seiring

Karim Benzema memberikan penghargaan luar biasa kepada Lionel Messi menjelang pertemuan di antara PSG dan Real Madrid dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Di mana Messi, akan berdepan dengan Real Madrid sekali lagi, kali ini bersama dengan PSG. Namun connection Messi dengan Barcelona terlalu kuat untuk menafikan bahawa ini juga perlawanan peribadi antara Messi dan Real Madrid.

Karim Benzema menganggap Messi dan bola sepak itu adalah perkara yang bergerak seiring.

Jadi, apabila bersembang soal Lionel Messi, kita harus bercakap tentang bola sepak.

Benzema berkata: “Jika kita bercakap tentang Lionel Messi, kita harus bercakap tentang bola sepak, kerana kedua duanya harus seiringan.”

Beberapa bulan lalu, Benzema menyatakan bahawa, orang yang mengkritik Messi sebagai tidak tahu tentang bola sepak.

Benzema: Orang tak tahu bola je kutuk Messi

Benzema kini dalam prestasi cemerlang, kesinambungan daripada prestasinya dalam dua musim terakhir sebelum ini. Beliau dianggap salah seorang penyerang tengah terbaik pada ketika ini selain daripada Robert Lewandowski di Bayern Munich.

Benzema mendengar kritikan ke atas Messi. Dan beliau tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak mengkritik Messi sejak dia berpindah ke PSG dari Barcelona pada musim panas lalu kerana menurut mereka Messi ternyata sudah merosot prestasinya. Ini dengan mengambil kira jumlah golnya di Perancis ketika ini.

Tetapi pemain sensasi Real Madrid itu, Karim Benzema tidak pernah sesekali meragui bahawa Lionel Messi akan berjaya di ibu negara Perancis itu.

“Tidak mungkin dia tidak akan mampu melakukannya dengan baik,” kata Benzema kepada Telefoot baru baru ini.

“Ini hanya masa di mana dia menyesuaikan diri, kerana itu dia tidak menjaringkan banyak gol. Tetapi kita kena lihat apa juga yang dia lakukan di atas padang.”

Benzema sterusnya menyatakan bahawa, pihak yang mengkriti Messi sebagai mereka yang buta tentang bola sepak.

Walaupun pemain itu mungkin gagal menjaringkan gol yang banyak, tetapi penilaian seharusnya melihat juga bagaimana sumbangan Messi di atas padang.

Benzema mengenepikan semangat perseteruan el clasico, kerana Messi adalah legenda Barcelona yang sejati. Benzema berlapang dada dalam menilai Messi yang menjadi seteru kepada rakan baiknya Cristiano Ronaldo.

Benzema yakin Messi kini dalam proses adaptasi. Oleh sebab itu beliau masih gagal menjaringkan gol sesuka hatinya seperti di Sepanyol sebelum ini. Namun layanan daripada beberapa media dan pengkritik ke atas Messi dianggap keterlaluan dan tak masuk akal.

“Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengkritik pemain seperti itu [Lionel Messi]. Sesiapa yang mengkritik Messi adalah mereka yang tidak benar-benar memahami bola sepak.”

Dia juga bersedia untuk menentang rakan sepasukan dalam skuad antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe dalam perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara.

“Berhadapan dengan Kylian Mbappe? Ia pastinya akan menjadi pertarungan istimewa,” katanya.

“Kami kawan baik. Mari kita lihat apa yang berlaku. Dia mahu menang dan begitu juga saya.”

Madrid telah diberi undian yang sukar menentang pendahulu liga Perancis, tetapi Benzema menegaskan mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan PSG.

“Kami ingin diundi menentang orang lain, tetapi kami sudah bersedia berdepan dengan mereka atau sesiapa sahaja,” dia memberi jaminan kepada peminat.

Benzema menduduki tempat keempat dalam keputusan akhir untuk Ballon d’Or 2021, dan percaya dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Kerana baginya paling utama adalah siapa yang menang. Selain itu semuanya adalah sama sahaja.

Benzema enggan terlalu membanggakan kedudukan keempat itu. Kerana orang hanya akan ingat dengan pemenang.

“Seperti yang saya katakan sejak saya masih kecil dulu: menjadi yang keempat, ketiga, kedua atau ke-30 semuanya sama,” komen Benzema.

“Apa yang penting ialah menang.”

“Kemudian, mereka memberitahu saya bahawa saya tidak memenangi trofi yang mencukupi, maka saya tidak dapat melakukannya lagi.”

“Bagi saya Ballon d’Or adalah untuk seseorang yang menjaringkan gol, membantu memberikan assist, untuk menonjolkan magis ketika  saat-saat sukar.”

“Ia banyak perkara, bukan sekadar memenangi trofi, tetapi saya bukan orang yang memberikan trofi [Ballon d’Or] itu.”