Benzema U Turn Lagi, Rasmi TINGGALKAN Real Madrid

Beberapa minggu lalu terdapat laporan bahawa Karim Benzema mempertimbangkan tawaran €400 juta untuk dua musim daripada kerajaan Arab Saudi.

Namun beberapa hari kemudian dia memberikan janji bahawa dia akan terus kekal di Real Madrid. Malah turut membidas wartawan yang menulis cerita dia mahu meninggalkan kelab itu.

Kini Benzema kembali U Turn. Dan mengucapkan selamat tinggal kepada Real Madrid.

Menurut laporan Fabrizio Romano, Karim Benzema kini berminat untuk menerima tawuran daripada Arab Saudi. Di mana tawaran itu seperti Yang dilaporkan sebelum memiliki beberapa klausa yang luar biasa.

Ianya adalah tawaran daripada kerajaan Arab Saudi. Membolehkan Benzema memilih mana-mana kelab di Arab Saudi yang mahu dia wakili.

Dia akan dibayar €400 juta untuk dua musim bersamaan dengan €200 juta semusim. Bayaran itu bersih selepas cukai.

BENZEMA duduk memiliki kawalan penuh ke atas hak imej miliknya sendiri. Bermakna segala iklan yang dia dapat ketika di Arab Saudi adalah atas kapasiti pribadi dan tiada berkaitan dengan kelab atau melalui kelab.

Bukan itu sahaja, Benzema turut akan menjadi duta delegasi bidaan hak tuan rumah Piala Dunia 2030. Serta boleh memilih mana mana kediaman di Arab Saudi yang dia mahu diami.

Fabrizio Romano membuat laporan terbaru mengatakan bahawa Karim Benzema akan terbang ke Arab Saudi minggu hadapan. Dia akan berbincang kontrak dengan kerajaan Arab Saudi dan kelab Al Ittihad.

Karim Benzema meninggalkan Real Madrid dengan rekod luar biasa.

Dia beraksi sebanyak 643 penampilan dan menjaringkan 353 gol sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di kelab itu.

Benzema turut memenangi 1 Ballon d’or dan segala trofi peringkat kelab termasuk 6 trofi Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain