Benzema Up IG Story Sindir Kemenangan Messi: “Ya Kamu Penipu”

Karim Benzema nampaknya benar benar tidak berpuas hati dengan kejayaan Messi memenangi anugerah pemain terbaik tahunan FIFA Best 2022.

Benzema telah memuat naik 2 IG story yang dikatakan menyindir kemenangan Messi.

Pertamanya Benzema menunjukkan statistik dan pencapaiannya sepanjang tahun 2022 yang lalu. Ini termasuk kejayaan memenangi Ballon d’Or.

Statistik tersebut turut menunjukkan bahawa Benzema memenangi P{iala Negara Eropah, Liga Juara Juara Eropah, La Liga, Piala Super Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia kelab untuk kelab dan negara.

Bagi pencapaian peribadi, dia memenangi Ballon d’Or, penjaring terbanyak UCL, penjaring terbanyak La Liga, ,memenangi pemain terbaik La Liga, MVP untuk UCL, serta Anugerah Di Stefano.

Dan yang kedua adalah post meme video yang menyebut: “Penipu, ya kamu penipu,” ditambah kapsyen selamat malam.

Peminat Real Madrid mempertahankan Benzema. Kerana menurut mereka Benzema ada hujah yang kuat menyokong kritikannya.

Tetapi peminat tegar Messi tidak berdiam diri. Kerana menurut mereka pada 2022, Messi lebih banyak trofi berbanding dengan Benzema dengan 4 piala.

Adakah anda rasa Benzema lebih layak daripada Leo Messi untuk menjadi pemain terbaik FIFA Best 2022?

Beberapa bulan lalu Benzema pernah mengkritik mereka yang mengutuk Lionel Messi.

Ketika itu, Messi bergelut dengan prestasinya di Ligue 1. Menurut Benzema, mereka yang mengkritik Messi adalah mereka yang buta bola sepak.

Karim Benzema tidak pernah sesekali meragui bahawa Lionel Messi akan berjaya di ibu negara Perancis itu.

“Tidak mungkin dia tidak akan mampu melakukannya dengan baik,” kata Benzema kepada Telefoot baru baru ini.

“Ini hanya masa di mana dia menyesuaikan diri, kerana itu dia tidak menjaringkan banyak gol. Tetapi kita kena lihat apa juga yang dia lakukan di atas padang.”

Benzema sterusnya menyatakan bahawa, pihak yang mengkritik Messi sebagai mereka yang buta tentang bola sepak.

Walaupun pemain itu mungkin gagal menjaringkan gol yang banyak ketika itu, tetapi penilaian seharusnya melihat juga bagaimana sumbangan Messi di atas padang.

Benzema mengenepikan semangat perseteruan el clasico, kerana Messi adalah legenda Barcelona yang sejati. Benzema berlapang dada dalam menilai Messi yang menjadi seteru kepada rakan baiknya Cristiano Ronaldo.

Benzema yakin Messi kini dalam proses adaptasi pada masa itu. Oleh sebab itu beliau masih gagal menjaringkan gol sesuka hatinya seperti di Sepanyol sebelum ini. Namun layanan daripada beberapa media dan pengkritik ke atas Messi dianggap keterlaluan dan tak masuk akal.

“Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengkritik pemain seperti itu [Lionel Messi]. Sesiapa yang mengkritik Messi adalah mereka yang tidak benar-benar memahami bola sepak.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai