Berakhirnya Era Klopp: DNA, Legasi Dan Piala Kekal Anfield

Beberapa jam lagi akan menandakan berakhirnya era Jurgen Klopp di Liverpool. Bagi penyokong Liverpool ini adalah penamat era yang luar biasa di bawah Klopp.

Klopp adalah definisi pengurus yang membawa falsafah dan piala selari dengannya. Dia bukan sahaja datang sembang nak bentuk taktikal atau DNA permainan namun tidak nampak hasil.

Pada beberapa musim pertama di Liverpool dia menempuhi banyak kegagalan. Namun peminat melihat hasil didikannya, gaya permainan Liverpool berubah. Menjadi team gegenpressing yang jelas.

Kemudian dia membawa masuk piala berderet ke Liverpool. UCL dan EPL adalah dua piala yang menjadi idaman semua pengurus. Dengan kuasa perbelanjaan yang agak terhad berbanding dengan beberapa lawan lain.

Klopp menerima Liverpool melantik Michael Edwards yang bertindak campur tangan dalam perpindahan pemain. Semua pengurus mahu kawalan penuh. Namun Klopp pula melihat aura Michael Edwards ni berbeza.

Dia benar benar membantu Klopp dalam pembelian pemain. Polisi jual sebelum beli yang berkesan. Sebab FSG ni sebenarnya boleh tahan masin juga.

Kemudian Klopp membentuk pasukan yang luar biasa. Trio Salah-Mane-Firmino.

Kemudian di tengah ada Fabinho, Henderson dan Wijnaldum. Di pertahanan dia membangunkan bek sisi luar biasa Robbo dan Trent yang digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Bek sisi yang produktif mencipta peluang gol.

Van Dijk di bek tengah sebagai asas kepada sistem di belakang. Mendapatkan Alisson dari Roma antara benda terbaik dilakukan Klopp dan Edwards.

Hasilnya, Liverpool menjadi pasukan yang digeruni. Menjadi pasukan yang sentiasa bersaing untuk kejuaraan. Jatuh bangun, Klopp sentiasa mendapat sokongan peminat kerana tahu Klopp adalah Liverpool pada ketika ini.

Pasukan Liverpool yang ada hari ini adalah cerminan Klopp sendiri. Karakter Klopp menjadi karakter Liverpool. Bersemangat, sentiasa menghiburkan dan disayangi peminat.

Magis menentang Barcelona antara detik yang saya secara peribadi tak akan lupa. Bagaimana anak anak buah Klopp boleh melakukannya?

Setiap era itu harus berakhir. Klopp memilih selepas 9 tahun dia mahu melepaskan baton. Dia kata dia dah letih dengan energy yang ada di Liverpool. Energy itu dia sendiri yang bina. Dan dia tak seperti dulu untuk handle training yang intensif dan sebagainya.

Akhirnya Klopp menyatakan dia berat hati meninggalkan Liverpool.

Pada musim terakhir di Liverpool, dengan skuad yang jelas sekali serba baharu, dia masih mampu membawa Liverpool ke top 3. Pencapaian ini sebenarnya boleh dibanggakan. Cuma pada satu ketika kita lalai menganggap team ini cukup bagus untuk juara liga. TAK! Tapi team ini cukup bagus untuk terus bertahan di top 3 dengan krisis kecederaan yang banyak. Dan boleh dikira overperform untuk menang Piala Liga.

Hadiah terakhir Klopp adalah Piala Carabao musim ini. Ianya adalah detik yang hebat untuk Klopp.

Selamat tinggal Klopp. Anda datang sebagai The Normal One dan pergi sebagai salah seorang pengurus terbaik yang Liverpool pernah ada.

Ayuh move on walaupun sukar!

BOSS THA!