Kem Real Madrid telah memutuskan untuk memboikot acara Ballon d’Or yang akan berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia.
Ini selepas mereka mendapat tahu bahawa Vinicius Jr. tidak akan memenangi Ballon d’Or kali ini.
Pemenang Ballon d’Or 2024 akan diumumkan di Theatre du Chatelet di Paris, Perancis.
Menjelang majlis itu, pemain-pemain seperti Vinicius, Rodri, Jude Bellingham dan Kylian Mbappe semuanya antara pilihan untuk merangkul anugerah itu.
Sebelum ini ada spekulasi bahawa superstar Madrid Vinicius adalah pilihan utama untuk diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu.
Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum majlis itu dimulakan, terdapat perubahan besar-besaran.
Seperti yang dilaporkan oleh RMC Sport’s Fabrice Hawkins, yang menulis di media sosial: “TERKINI: Vinicius Jr kini yakin dia tidak akan diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or. Semua orang di Madrid juga merasakan perkara yang sama.”
Selain itu, pakar perpindahan Fabrizio Romano telah mendakwa bahawa Real Madrid tidak akan menghadiri majlis itu di Paris.
Dia menulis di X: “TERKINI: Vinicius Jr TIDAK akan pergi ke Paris kerana Real Madrid tahu dia TIDAK akan memenangi Ballon d’Or.
“Tiada sesiapa dari Real Madrid akan menghadiri majlis itu. Tiada Florentino Pérez, tiada Vini Jr, tiada Carlo Ancelotti, tiada Jude Bellingham.”
Fabrice Hawkins menambah: “Pengarah Real Madrid berang. Mereka pasti Vini Jr tidak akan memenangi Ballon d’Or. Delegasi Real akan kekal sahaja di Sepanyol. Perjalanan ke Paris dibatalkan.”
Dilaporkan bahawa pemain tengah Manchester City dan Sepanyol Rodri bakal diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or mengatasi Vinicius dan Bellingham.
Bagaimanapun, kita tidak akan mengetahui secara pasti sehingga pemenang diumumkan malam ini nanti.
🚨 BREAKING: Vinicius Jr will NOT travel to Paris as Real Madrid know he will NOT win the Ballon d’Or.
No one from Real Madrid will attend the ceremony. No Florentino Pérez, no Vini Jr, no Carlo Ancelotti, no Jude Bellingham. pic.twitter.com/qN9PaYjmR0
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 28, 2024
Carlo Ancelotti sebelum ini sangat yakin bahawa Vini Jr akan memenangi Ballon d’Or 2024. Ini selepas dia membantu Real Madrid menjadi juara La Liga dan UCL.