PSG kini berdepan dengan masalah besar melibatkan kedudukan mereka dalam pertandingan Eropah.
Ini selepas kes tunggakan gaji Kylian Mbappe masih belum selesai antara kedua dua pihak.
Marca dalam laporannya menyatakan bahawa PSG berdepan penggantungan daripada UCL jika didapati bersalah dalam hal ini.
Sebelum ini Ligue 1 dan LFP telah mengarahkan PSG membayar tunggakan gaji Mbappe sekitar €55.4 juta.
Kemidian mahkamah Perancis keluarkan arahan kepada PSG agar membayar tunggakan gaji Kylian Mbappe
Sebahagian besarnya adalah tunggakan gaji dan kemudian ditambah dengan beberapa bonus lain yang tidak dibayar lagi oleh PSG.
PSG sebelum ini membuat rayuan di atas keputusan mahkamah sebelum ini. Namun mereka dilaporkan gagal dalam rayuan tersebut.
PSG beberapa bulan lalu menyatakan bahawa mereka tidak berhutang apa apa dengan Kylian Mbappe.
Sambil menyatakan bahawa Mbappe dan Real Madrid memanipulasi keadaan untuk membolehkan pemain itu pergi secara percuma.
PSG malah pernah menegaskan bahawa Real Madrid yang harus membayar bonus kesetiaan Mbappe yang turut belum dibayar.
Dalam kontrak Mbappe berhak mendapat bonus kesetiaan itu apabila pemain itu kekal pada musim 2023/2024. Mbappe sudah kekal di kelab itu dan menolak untuk dijual ke kelab Arab Saudi.
Di mana ada tawaran yang sanggup membayar harga rekod dunia untuk Mbappe kepada PSG. Bermakna ada kelab Saudi sedia membayar lebih €222 juta untuk perpindahan Mbappe.
Namun pemain itu menolaknya. Membuatkan PSG bengang. Dan menagih janji ‘mulut’ Mbappe yang pernah menyatakan dia akan membantu kelab itu agar mereka tidak terlepas pemain itu secara percuma.
Lantas PSG yakin Mbappe pada masa itu terbuka untuk mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun dan PSG berjanji akan menjual Mbappe ke Real Madrid.
Malangnya itu tak berlaku. Januari 2024, Mbappe memberitahu PSG bahawa dia tak akan melanjutkan kontrak. Namun Mbappe menyatakan dia tidak lagi membuat keputusan tentang kelab seterusnya yang dia akan sertai.
PSG sentiasa percaya kelab itu adalah Real Madrid. Sebagai respon kepada tindakan Mbappe, kelab telah memutuskan enggan membayar baki gaji pemain itu dan juga bonusnya.
Beberapa bulan lalu Mbappe telah membuat aduan kepada tribunal serta Persatuan Pemain Profesional Perancis. Dia menuntut baki gajinya.
PSG berkeras enggan membayar apa apa kerana menurut mereka PSG tidak berhutang apa apa dengan Mbappe.
Mbappe mengheret kes ke mahkamah buruh di Perancis dan keputusan mahkamah berpihak kepadanya. PSG mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan. Tetapi laporan terbaru menyebut PSG kalah dalam rayuan mereka.
Bermakna mereka harus membayar €55 juta dan kos guaman Mbappe.
Dalam kenyataannya, LFP mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa keputusan mahkamah rayuan ini muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.
PSG akan menghantar laporan kewangan mereka pada 15 Januar 2024 ini. Salah satu butiran yang akan menjadi kontroversi adalah tunggakan gaji Mbappe yang akan berada dalam liabiliti kelab itu.
Mbappe sebelum ini mendakwa gajinya tertunggak sejak Februari 2024. Namun pemain itu terus bermain seperti biasa. Dan dia tiada masalah kewangan walaupun gajinya tidak diterima. Bulan hadapan bermakna sudah setahun perbalahan PSG dan Mbappe.
PSG bagaimanapun menyatakan bahawa mereka tidak ada hutang lagi dengan Mbappe.
Kelab lain memantau perkembangan ini. Memandangkan Nasser Al Khelaifi merupakan Presiden Persatuan Kelab Eropah (ECA). Dia orang yang paling lantang mempertahankan polisi UEFA sebelum ini terutama sekali ketika menentang gagasn Liga Super Eropah.
Dan ramai juga mahu tahu adakah PSG akan terlepas hukuman UEFA jika benar mereka tidak membayar tunggakan gaji Mbappe?