Sebelum ini, pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman aka Zamsaham menyatakan dia sedia untuk membiayai VAR terlebih dahulu jika FAM tidak mahu mengeluarkan kos untuk mendapatkan teknologi tersebut.
Menurut laporan Berita Harian kos untuk memasang VAR di satu stadium dilaporkan boleh mencecah AS$150,000 (RM627,000), dengan nilai sekitar RM7.5 juta untuk 12 stadium dalam saingan Liga Super sahaja.
Zamsaham menyatakan bahawa, sudah tiba masanya untuk Malaysia mengikut jejak langkah liga bola sepak di Eropah yang menggunakan VAR: “Kalau negara Eropah sudah gunakan untuk sistem pengadilan, kenapa Malaysia tak pakai. Apa benda yang susah sangat? Apakah benda itu sangat mahal?” kata beliau menurut laporan BH Online.
Lalu Zamsaham sedia untuk membeli VAR dan pada masa yang sama boleh buat sedikit bisnes daripadanya.
#BHSukan Zamsaham nyatakan kesanggupan untuk beli VAR dahulu buat FAM sekiranya teknologi berkenaan terlalu mahal dan di luar kemampuan badan induk itu.https://t.co/B1rMz4zg09
— Berita Harian (@bharianmy) February 7, 2022
Bagaimana VAR boleh buat duit?
Sebenarnya, memang VAR adalah satu bentuk perniagaan. Ini kerana teknologi tersebut berbentu sewaan. Di mana setiap pasukan harus membayar kepada pemilik VAR iaitu FIFA dan IFAB.
VAR merupakan teknologi yang sudah dipatenkan dan ianya milik FIFA dan IFAB. Oleh itu kesemua VAR yang ada adalah perlu menggunakan VAR yang disediakan oleh FIFA berkuatkuasa Julai 2020. Ini selepas IFAB (badan penggubal undang undang bola sepak FIFA) telah memindahkan hakmilik VAR kepada FIFA.
Dan ianya memakan kos yang sangat tinggi. Sebagai contoh, di Brazil, CBF membayar sekitar US$6 juta (RM25.11 juta) semusim itu VAR sahaja.
Namun pembayaran itu harus ditanggung kesemua kelab yang bertanding dalam liga tersebut.
Bagaimana pula dengan di England?
Berbeza dengan di Brazil yang membayar terus pakej RM25.11 juta semusim untuk liga utama mereka dengan 20 pasukan. Di England, bayaran dikenakan berdasarkan setiap perlawanan.
Di England, setiap perlawanan, setiap pasukan yang menggunakan VAR perlu membayar £9,251 (RM52,372) untuk VAR sahaja tidak termasuk Goal Line Tehnology. Ini bermaksud satu pasukan membayar sekitar RM26,186.
Jadi, angka ini akan ditolak daripada wang jualan tiket pada hari perlawanan. Jika tiada penyokong yang hadir, misalnya ketika lockdown penuh, bayaran VAR akan tiolak daripada bonus wang atau bonus kemenangan ataupun daripada pembahagian penajaan terutama sekali hak penyiaran.
The Cost Of VAR 🖥️
£9,251.00 + VAT per game (England)
US$ 6.2 million / R 87 million a season (Brazil)
Goal line tech est: R3.8 million to install per stadium and R57 000 per game
Costs vary across the world depending on suitability of venue#MTN8 #masandawana #Amakhosi pic.twitter.com/BbZHMP6F6i
— Nqobile Ndlovu (@CashNSport) August 15, 2021
Jadi, setiap kelab Liga Perdana Inggeris wajib membayar VAR dalam setiap perlawanan.
Mimpi ngeri kelab kecil di England
Sebelum ini beberapa kelab kecil di England telah mengadu bahawa, kos VAR terlalu tinggi setiap kali mereka berdepan dengan pasukan dari Liga Perdana Inggeris dalam Piala FA. Memandangkan Piala Carabao yang tidak mewajibkan VAR, maka isu sekarang ini berbangkit dalam Piala FA Inggeris.
Misalnya, Oxford United dan Rochdale mengeluh kerana terpaksa membayar VAR ketika beraksi di St James’ Park menentang Newcastle.
Kini, bermain di tempat lawan yang dari EPL, dianggap mimpi ngeri oleh kelab kelab kecil ini. Kerana mereka perlu memikirkan soal membayar VAR. Walaupun mereka mengakui pada sisi lain, pemain teruja dapat merasai sendiri beraksi dengan teknologi yang dirasai oleh pasukan kelas atasan itu.
Peraturan VAR di England mewajibkan penggunaan VAR dalam Piala FA untuk perlawanan yang dilangsungkan di stadium kelab Liga Perdana Inggeris.
Seperti yang dinyatakan di atas, kos sewaan untuk VAR pada satu perlawanan adalah £9,251 + VAT (cukai) dan perlu dibayar oleh 2 kelab yang berlawan.
During the FA Cup this season, the cost of VAR must be split equally between the clubs if it is in operation at a PL ground. The total cost of VAR is £9251.
Clubs like Rochdale, Fylde and Port Vale all played away at PL grounds and didn't know about the cost.
Seems fair 🙄 pic.twitter.com/yW9YZkQiMy
— Sport Social (@TheSportSocial) February 10, 2020
Bayaran VAR itu akan ditolak daripada kutipan tiket. Selepas dipotong oleh VAR, kutipan tiket akan dibahagi sebanyak 45% untuk setiap pasukan. Dan kemnudian 10% lagi adalah dimasukkan ke dalam tabung bonus kemenangan.
Kesannya, Rochdale dan Oxford terpaksa membayar hampir £5,000 hanya untuk VAR ketika berkunjung ke St James Park. Bagi Newcastle, itu bukanlah masalah besar, terutama sekali mereka sekarang dan kaya raya.
Selain itu, untuk pasukan yang beraksi di EPL, mereka juga harus memasang teknologi garisan gol ataupun Goal line technology. Teknologi ini juga disewa sekitar £260k untuk semusim.