Sebenarnya, benda ni dah 2 atau 3 taun lepas idea ni nak bawa satu perlawanan Liga Sepanyol ke luar/ seberang laut. Namun banyak tentangan diterima daripada pasukan bertanding.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membawa Piala Super Sepanyol ke luar negara. Sama seperti yang dilakukan pengurusan liga Itali sebelum ini.
Kenapa pasukan-pasukan ini menentang? Hal ini kerana ianya jarak yang jauh untuk ditempuh.
Tambahan, jadual padat pada Januari ni memang bukan benda yang kelakar.
Seterusnya memang ada duit yang Liga Sepanyol dapat daripada penganjuran seperti ini. Milsanya, 1 edisi kali ini, mereka mendapat sekitar €40 juta, ataupun sekitar RM182 juta.
🇧🇷👊 ¡1⃣5⃣0⃣ victorias con el @realmadrid!
👏 Parabéns, @Casemiro! 👏#HalaMadrid pic.twitter.com/7YE5NF6bhd— Real Madrid C.F. (34🏆) (@realmadrid) January 9, 2020
Pandai diorang buat duit kan?
Wang itu bukan milik kelab. Ianya kepada badan pentadbir dan akan dibahagikan kepada semua kelab atas tiket broadcasting.
Hadiah kemenangan tu ada la, tapi sedikit. Hadiah juara adalah €3 juta, naib juara €2 juta. Yang kalah di semi akan membawa pulang €800 ribu.
And this is the message for Christiano Rinaldo during @realmadrid Sam final of Espana Super Copa in Saudi Arabia from the Gold Country. pic.twitter.com/o9LdGS6K1p
— Aspire PUBLIXITI (@lollywater007) January 8, 2020
Seterusnya, untuk memastikan kejohanan kali ini lebih meriah dan hak jualan itu dapat lebih tinggi, maka ada 4 pasukan beraksi.
Mereka dipilih berdasarkan pecapaian terbaik musim lalu. Biasalah, pemenang domestik akan beraksi. Andaikata, Barcelona taun lepas sapu semua piala, maka, La Liga akan memiliki pasukan ke-2, ke-3 dan ke-4 berdasarkan merit yang mereka tetapkan.
Jadi musim ini julung kalinya, Piala Super Sepanyol akan dimenangi bukan juara liga ataupun Copa Del Rey daripada musim sebelumnya.
Ini apabila Real Madrid dan Atletico Madrid masing-masing mara ke final menewaskan Valencia (Juara CDR) dan Barcelona (La Liga).
FT: Barcelona 2⃣-3⃣ Atletico De Madrid
Late winner goal from Correa sends Simeone's side to the Super Copa de Espana final. 💪#barcaatleti pic.twitter.com/LpDxoikKMO
— Cumarinho Abdiaziiz (at 🏠) (@CumarinhoAbdia1) January 9, 2020
Dari sudut komersial ianya memang sangat kuat. Kalau la Barca layak ke final kali ini, lagi senyum penganjur dapat bonus dengan adanya el clasico.
Tetapi final kali ini adalah derbi Madrid melibatkan Real Madrid dan Atletico Madrid.
Korang tunggu pula EPL ikut nanti. Dia bukan nak kalah part buat duit macam ni.
Harus diakui ada pro dan kontra. Secara pro-nya, peminat dari luar negara dapat melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.
Mat Salleh dan mat Sepanyol ni suka menghina orang luar yang komen kat page mereka suruh sokong kelab lokal korang.
Dia tak sedar, income mereka berlambak daripada penyiaran yang datang dari Asia dan benua lain.
Ok, kelebihan lain adalah pastinya meningkatkan pendapatan liga. Bagi banyak kelab kecil yang bermain di La Liga, banyak tu kalau dapat dalam €2 juta satu pasukan sebagai tambahan.
Dan seterusnya, ini akan membantu mereka secara kewangan la kan.hadia
Kelemahannya pula adalah, benda ni kekadang terlalu bersifat komersial. Ianya memberikan impak kepada jadual pasukan yang sangat padat dalam musim tersebut dan perlu untuk terbang jauh.
Apabila sudah bergelar piala utama, takkan nak hantar skuad kedua kan?
Seterusnya para penyokong di negara mereka sendiri pastinya tidak ramai yang mampu terbang sejauh ini, dengan kos yang tinggi. Tengok di tv sahaja.
Jadi pandai-pandailah nak adjust squad depth masing-masing.