Legenda Man United, Dmitar Berbatov melabel Arsenal sebagai Stoke City baharu. Kerana pasukan itu menurutnya bergantung kepada bola mati terutama sekali sepakan penjuru untuk menjaringkan gol.
The Gunners mempunyai lebih banyak gol dari sepakan penjuru berbanding pasukan lain dalam Liga Perdana sejak awal musim lalu, dengan Nicolas Jover melakukan tugas yang hebat bersama Mikel Arteta untuk menjadikan situasi tersebut sebagai senjata yang sangat berguna untuk pasukan ini.
Kita biasanya melihat Gabriel Magalhaes mendapat manfaat khususnya daripada sepakan sudut Arsenal, dengan bek tengah Brazil itu sudah menjaringkan gol dalam perlawanan besar menentang Manchester City, Tottenham, Sporting Lisbon dan West Ham musim ini, walaupun dia tidak bermain semalam.
Dalam ketiadaannya, Arsenal sebaliknya boleh bergantung kepada Jurrien Timber dan William Saliba untuk menjaringkan gol apabila mereka memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Man United di Stadium Emirates.
Dmita Berbatov kemudian berseloroh melabel Arsenal sebagai Stoke baharu.Dia juga merasakan Ruben Amorim pasti terkejut melihat corak permainan Arsenal dan beberapa pasukan EPL yang sangat agresif ketika sepakan penjuru.
Di mana pemain pemain Arsenal menurutnya mengasak dan menghimpit penjaga gol lawan untuk mendapatkan kelebihan.
“Arsenal ialah Stoke City yang baharu!
“Liga Perdana Inggeris mungkin satu satunya liga di dunia di mana kamu melihat sangat ramai pemain yang mengelilingi penjaga gol, tolak menolak, membuat kekacauan.
“Di tempat lain kamu akan suka sebab itu akan membuatkan kamu diberikan foul. Tapi tidak di sini. Kamu harus kuat, dan agaknya Ruben Amorim melihat dari tepi padang dan berfikir: ‘Apalah yang sudah jadi dengan keeper aku’.
— A🍉☝🏽 (@Adam_0_7_9) December 4, 2024
“Kamu harus bekerja untuk itu. Seperti yang kita bergurau tadi, Arsenal adalah Stoke City yang baharu bukan? Bergantung kepada bola mati, di mana ianya boleh memberikan kamu kemenangan, sama macam hari ini.”
Berbatov mungkin membuatkan peminat Arsenal kurang gembira. Kerana Stoke City adalah luka lama mereka. Di mana pasukan mereka seringkali menjadi mangsa taktikal Tony Pulis daripada situasi bola mati – terutama sekali lontaran ke dalam Rory Delap.
Sehingga Arsene Wenger mengecam taktikal tersebut: “Sukan bola sepak yang indah ini, dimainkan dengan kaki, selepas ini orang akan kenang ia kerana lontaran ke dalam yang diaminkan dengan tangan.”