Berbatov Sekolahkan Jovic Selepas Ingkar Kuarantin

Bekas penyerang Tottenham Hotspur dan Man Utd, Dmitar Berbatov ternyata kurang gembira dengan Luka Jovic pada ketika ini.

Pemain itu berjaya menunjukkan prestasi cemerlangnya musim lalu dengan Eintracht Frankfurt, dan mendapatkan kontrak lumayan dengan Real Madrid.

Namun sejak di Real Madrid, pemain itu gagal untuk mendapatkan prestasi terbaiknya. Selain daripada masalah kecederaan, beliau juga bergelut dengan konsitensi dan gagal memberikan impak.

Terbaru pemain tersebut dilaporkan ingkar arahan kuarantin dan balik ke negaranya Serbia.

Alasan beliau adalah tak tahu menahu akan perintah kuanratin yang dikuatkuasakan.

Jovic dikecam Presiden Serbia

Beliau kini berhadapan masalah besar dengan kerajaan Serbia. Jovic balik menemani teman wanitanya, Sofija Milosevic, yang melahirkan anak.

Walaupun Jovic menyatakan beliau sangat gembira dan terharu melihat anaknya yang baru lahir, namun itu bukan alasan untuk Jovic merisikokan nyawa orang lain denga keluar dari Sepanyol yang diserang COVID-19.

Jovic memberitahu AS: “Saya ingkar arahan isolasi kerana saya tak tahu peraturannya. Saya tahu korang sukar nak percaya, namun itu kebenarannya.”

“Saya tak pedulikan arahan itu kerana saya tak tahu nak buat isolasi macamana? Saya akan menerima hukuman yang dikenakan ke atas saya.”

Nama Jovic dipetik oleh Presiden Serbia, Aleksander Vucic. Di mana tuan presiden mengecam Jovic dan pemain Serie B Nikola Ninkovic yang tidak patuh arahan kuarantin.

Jovic dan Ninkovic telah meninggalkan Sepanyol dan Itali walaupun mereka sepatutnya mengikuti arahan kuarantin, untuk pulang ke Serbia.

Ketika masuk ke Serbia, mereka pula tidak mengikut arahan kuarantin di sana. Malah kedua – duanya dilihat berada di luar rumah.

Presiden Serbia dengah marahnya menyebut dua pemain tersebut berdepan dengan hukuman penjara jika didapati berada di tempat awam lagi selepas ini.

“Salah seorang daripada mereka [Ninkovic] duduk di hotel dan seorang lagi [Jovic] tinggal di apartmentnya.”

Aleksander Vucic kemudian memberikan arahan agar kedua dua mereka berada di tempat tersebut untuk self quarantine sekurang-kurangnya 14 hari untuk memastikan mereka bebas koronavirus.

Bagi Vucic, keadaan itu harus dipandang serius lebih lebih lagi kedua dua pemain tiba dari negara hotspot koronavirus.

“Jika selepas ini diorang ingkar lagi arahan, meninggalkan tempat tersebut, mereka akan ditangkap.”

“Saya tahu mereka berdua kesal dengan apa yang berlaku. Namun di sini saya nak jelaskan bahawa, nyawa setiap orang di sini lebih penting daripada wang mereka yang berjuta.”

“Namun begitu, kami bukan nak meghukum semua orang.”

Penyokong Real Madrid mengalu alukan kedatangan Jovic musim ini dan menjangkakan pemain itu akan menjadi automatik sebagai penyerang pilihan utama.

Jovic kemudian membuat beberapa siri permohonan maaf dan beliau memuat naik gambar beliau dan teman wanitanya sedang berada di rumah.

Jovic juga menjelaskan beliau kali ini akan mengikuti arahan kuarantin yang dikenakan ke atasnya. Beliau tidak mahu memberikan komen tentang kenyataan pedas presiden Serbia kerana memang dia salah.

Jovic kena berdisplin

Apa yang berlaku pada Jovic mendapat perhatian Dmitar Berbatov. Menurut beliau, apa yang dilakukan Jovic ini menunjukkan pemain ini kurang disiplin.

Pemain yang bagus akan mengikut arahan dengan mudah terutama sekali arahan darurat.

Ia dilihat mempengaruhi prestasi beliau di Real Madrid.

Berbatov faham akan kesukaran pemain itu untuk mendapatkan prestasi terbaik pada kadar segera di Real Madrid, kerana Berbatov pernah merasainya dahulu.

“Jovic macam saya juga, berasal dari Balkan dan kehidupan kami hampir sama sahaja. Jadi saya harap kejayaan beliau di Jerman dan kejayaan berhijrah ke Real Madrid tidak terlalu mengganggu tumpuannya.”

“Ianya boleh menjadi ancaman kepada diri dia sendiri, dan Jovic kena berdisplin.”

“Saya pernah berada di tempatnya dahulu, ketika bermain di Bayer Leverkusen saya sebaya dengannya. Di hadapan saya adalah Ulf Kirsten, yang dianggap ‘God’ di Leverkusen dan salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak Jerman.”

“Saya pada satu kedudukan yang saya berkata: Persetubuhan kenapahkan [why the f***] saya tidak bermain. Saya berhak bermain, saya nak bermain.”

“Kamu akan mulai berfikir banyak benda bangang kerana kamu masih muda dan kamu ingat kamu tahu segalanya. Tetapi sebenarnya kamu kena sabar, terus bekerja keras dan orang orang yang baik di sekeliling kamu akan membantu kamu. Sebenarnya kamu ada opsyen.”

“Selain itu, jika kamu nak bermain terus, kamu boleh meminta dipinjamkan ke kelab lain yang boleh menawarkan kamu minit yang banyak.”

“Berdasarkan keadaan Jovic ketika ini, beliau boleh menjadi pemain utama di beberapa kelab di EPL.”

“Luka Jovic masih sangat mudah dan beliau cemerlang ketika di Eintracht Frankfurt. Beliau berjaya mendapatkan kontrak dengan Real Madrid. Segalanya nampak serba memihak kepadanya.”

“Namun jangan lupa, di hadapan dia sekarang ni ada Karim Benzema — yang pada pandangan saya salah seorang pemain penyerang yang underrated daripada apa yang selayaknya.”

“Benzema menjaringkan banyak gol tetapi kerapkali tak mendapati pengiktirafan sepatutnya.”