Berbelanja Tak Ingat Dunia, Suka Peram Pemain, Kini Juve Tanggung Hutang €500 Juta Dan Disiasat Kerajaan Itali

Juventus mengalami masalah kewangan yang kritikal ketika ini. Namun semuanya kerana salah diri mereka sendiri.

Di mana kelab membuat beberapa keputusan yang salah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk pembelian Cristiano Ronaldo.

Ronaldo memang pemain yang hebat. Namun mereka membeli pemain itu dengan nilai €100 juta untuk membantu mereka memenangi UCL.

Projek tersebut dianggap gagal. Di mana Juventus seringkali menukar pengurus pada era Ronaldo berada di Juventus. Akhirnya Ronaldo pergi meninggalkan mereka dan hanya dijual  sekitar €28 juta sahaja.

UCL tak dapat, Ronaldo pergi dengan dijual harga lelong kerana pemain itu tak mahu melanjutkan kontrak dan meminta dilepaskan ke Manchester United.

Juventus tidak akan mendapatkan Ronaldo hanya kerana mahu memenangi Serie A dan piala domestik. Realitinya, projek tersebut gagal bukan kerana Ronaldo tetapi kerana Juventus sendiri.

Memetik Football Italia, keadaan kewangan Juventus kini sedang disiasat oleh Pejabat Pendakwaraya Turin. Juve berada dalam kedudukan yang sukar, terdapat kerugian besar sebanyak €500 juta.

Juventus dikenali sebagai kelab terbesar di Itali yang tidak mengalami masalah kewangan yang serius seperti pesaingnya yang lain.  Ini terbukti, apabila dalam 10 tahun terakhir Juve masih boleh membawa nama-nama besar masuk ke kelab mereka.

Tetapi ramai juga pemain yang dibawa masuk secara percuma.

Malangnya keadaan telah berubah secara drastik dalam dua tahun kebelakangan ini.

Menurut La Gazzetta dello Sport, kesilapan Juve bermula dengan perpindahan Gonzalo Higuain. Pada musim 2016/17, nilai skuad Juve melonjak daripada €186 juta kepada €302 juta perpindahan Higuain.

Selepas itu, Juve membelanjakan sejumlah keseluruhan €277 juta untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo. Angka ini datang daripada yuran perpindahan, perbelanjaan gaji dan kos lain.

Ronaldo menebus harga yang mahal dengan persembahan yang licik di atas padang. Dia menjaringkan 101 gol dalam tiga musim. Malang sekali Juventus gagal memanfaatkan kehadiran Ronaldo dengan lebih baik.

Oleh itu Juve masih dalam kerugian kerana selepas itu pendapatan kelab menurun secara drastik akibat wabak yang melanda. Keadaan luar jangkaan ini memberikan impak kepada Juve. Mereka kemudian hilang Ronaldo yang membuatkan publisiti kelab mereka sedikit terganggu di peringkat global dan di dalam bidang pemasaran.

Kedaaan diburukkan lagi oleh Juve yang menghadapi masalah dengan perpindahan beberapa pemain muda. Mereka membeli Federico Bernardeschi (€40 juta) dan Dejan Kulusevski (€35 juta) pada harga yang agak mahal, tetapi prestasi kedua-duanya tidak mencukupi untuk membantu pasukan itu menjadi juara.

Walaupun digelar king barang free dan dianggap pakar penjimatan. Sebenarnya Juventus membelanjakan wang yang sangat besar untuk pemain ejen bebas. Mereka bukan sign ejen bebas yang biasa biasa, sebaliknya bintang yang mahal dengan menawarkan kontrak tidak masuk akal.

Juve juga membelanjakan sejumlah €44 juta untuk menandatangani Aaron Ramsey. Perpindahan Adrien Rabiot bernilai total €29 juta, kemudian Marko Pjaca yang membuatkan Juve membelanjakan sejumlah €32 juta.

Kesemua pemain itu bukan pemain kesebelasan utama mereka yang stabil setiap minggu.

Pada dasarnya, menurut Bola Sepak Itali, Juventus telah berbelanja besar dengan jumlah hutang sebanyak kini mencecah €500 juta.

Jumlahnya sangat besar kerana hasil yang sangat minimum dia atas padang dalam beberapa musim ini dan juga kegagalan mereka menaikkan nilai pasaran pemain untuk dijual.

Ini juga kerana sikap Juventus yang suka memeram pemain mahal di bangku simpanan tanpa berusaha menjual mereka ke kelab lain juga menjadi masalah mereka.

Dalam beberapa tahun ini Juventus tidak menunjukkan bahawa mereka ada kepakaran menjual pemain yang mereka jarang pakai dengan harga Yahudi mabuk.

Berbeza dengan kelab seperti Chelsea sebelum ini yang berupaya menjual pemain yang tak diingini dengan nilai tinggi ataupun setimpal. Chelsea malah berjaya meyakinkan Atletico membeli Morata dan Diego Costa. Itu power.

Kini Juve tidak boleh bergerak bebas dalam pasaran perpindahan. Impian untuk memenangi Liga Juara-Juara semakin jauh. Mereka perlu menyelesaikan masalah kewangan terlebih dahulu.

Maka tidak hairanlah Juventus masih berdiri teguh menyokong idea Liga Super Eropah.

Hal ini kerana Serie A bukan seperti EPL yang memiliki pendapatan sangat tinggi. Juventus harus lebih bijak mengurus tadbir kewangan mereka berdasarkan pendapatan dan juga ekonomi liga Itali itu sendiri.

BACA JUGA — Tipu Laporan Akaun: Juventus Berdepan Penyingkiran, Kejuaraan 2019/20 Dilucutkan

Dalam sejarah, Juventus pernah mengalami sejarah hitam dalam kelab mereka. Di mana La Vecchia Signora tersabit kesalahan skandal Calciopoli pada 2006.

Kesannya, Juventus disingkirkan ke Serie B. Peristiwa itu berlaku 15 tahun yang lalu. Dan sekarang, sejarah mungkin berulang.

Kenapa? Sebelum ini, laporan di Itali menyebut bahawa Juventus melaporkan laporan kewangan palsu dalam akaun mereka.

Kes ini tak lain tak bukan, adalah kerana Juve mahu memastikan akaun kelab mereka positif terutama sekali di mata pelabur dan FIGC.

Ibu pejabat Juventus digempur

Ibu pejabat Juventus di Turin dan Milan telah diserbu oleh pasukan keselamatan minggu lalu, dan dokumen akaun dan penyata kewangan telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Siasatan pihak berkuasa Itali terhadap sejumlah 42 perpindahan pemain. Ini termasuk Cristiano Ronaldo, Joao Cancelo, Arthur Melo dan Danilo, antara 2019 dan 2021.

Juventus didakwa menaikkan nilai pemain mereka ataupun overstated nilai dalam akaun mereka dan orang-orang seperti Andrea Agnelli , Pavel Nedved dan Fabio Paratici, kini di Spurs, diminta bekerjasama dalam siasatan ini.

Manipulasi angka ini tidak sepatutnya berlaku dalam laporan kewangan rasmi mereka. Selain daripada mewujudkan ketidakseimbangan persaingan ianya juga menyukarkan kerajaan dalam perundangan melibatkan kewangan termasuk cukai.

Ini adalah perkara yang serius dan CODACONS – persatuan hak pengguna Itali – yakin bahawa, jika bersalah, Juventus akan disingkirkan ke divisyen 2.

Juventus disiasat oleh Consob, badan berkanun yang bertanggungjawab menyiasat dan mendakwa mana mana institusi yang melakukan salah laku kewangan.

Lucut kejuaraan

Juventus, yang turut memenangi Serie A pada musim 2019/20 di bawah kendalian Maurizio Sarri, juga berkemungkinan akan dilucutkan gelaran itu kerana doping kewangan.

“Kes ini sangat serius dan melibatkan kejuaraan liga terakhir mereka sebelum ini.”

“Sekiranya Juventus secara tidak sah mendapat kelebihan berbanding kelab pesaing yang lain dengan beroperasi seperti ini, maka kejuaraan bola sepak terakhir mereka adalah tidak sah.”

“Akibatnya, Persekutuan Bola Sepak dan Pihak Berkuasa Persaingan Pasaran perlu campur tangan.”

Juventus sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan kerjasama dengan penyiasat dan juga Consob. Juventus yakin bahawa mereka tidak bersalah dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Juventus berkata: “Jika perlu, Juventus bekerjasama dengan penyiasat dan dengan Consob dan yakin bahawa ia akan menjelaskan setiap aspek kepentingan mereka, percaya bahawa kelab telah beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang mengawal penyediaan penyata kewangan, mengikut dengan prinsip perakaunan dan selaras dengan amalan industri bola sepak antarabangsa dan keadaan pasaran.” tulis penyataan tersebut.

Juventus sebelum ini mengakui kelab mereka dalam krisis kewangan kerana terlepas kejuaraan Serie A, kegagalan merangkul UCL ketika adanya Ronaldo dan kemudian impak pandemik.

Juventus membayar gaji Ronaldo sangat tinggi, namun malangnya mereka masih gagal mendapat UCL pada era selepas Calciopolli.

Kesannya, Juventus terpaksa menjual Ronaldo untuk mengimbangi bil gaji pemain mereka. Juventus masih berusaha untuk melepaskan beberapa pemain mereka lagi.

Juventus menjadi antara kelab yang masih teguh dengan pendirian mahu menubuhkan Liga Super Eropah. Yang ketika ini senyap sahaja.

Berbalik kepada kes doping kewangan. Juventus perlu memastikan bahawa mereka bebas segala pertuduhan ke atas mereka. Jika tidak, nasib mereka ibarat telur di hujung tanduk.

Mereka pernah merasai betapa peritnya disingkirkan ke Serie B. Dan sangat sukar untuk mereka membina semula empayar seperti yang mereka ada pada hari ini.

Pastinya Juventus tak mahu sejarah mungkin berulang.

Baca yang lain