Berbeza Dengan Kane, Bukayo Saka Diserang Komen Rasis, Suruh Dia Balik Nigeria

Bukayo Saka sekali lagi menjadi mangsa serangan perkauman di media sosial.

Agak pelik kerana Bukayo Saka merupakan pemain terbaik England dalam pertandingan kali ini, malah ketika aksi berdepan Perancis.

Namun ada sesetengah penyokong menyalahkan Saka sebagai punca kepada gol Tchouameni. Mereka tidak ingat agaknya,  Saka memenangi penalti ketika dia dijatuhkan untuk membolehkan Kane menjaringkan gol penyamaan.

Ada yang meminta Saka agar tidak payah sibuk menangis kerana dia orang Nigeria bukannya orang England. Di ruangan komen dipenuhi dengan komen monyet dan gorilla.

Mereka juga menuduh Saka sebagai punca England gagal mara ke separuh akhir sambil mengungkit kembali kegagalan pemain itu menyempurnakan penalti pada Euro lalu membuatkan England tewas kepada Itali di final.

Berbeza sekali dengan ruangan komen di media sosial Harry Kane yang rata rata memberikan sokongan kepada pemain itu.

Mereka memberikan kata kata semangat kepada Kane walaupun pemain itu gagal menyempurnakan penalti kedua diberikan pengadil kepada England.

Ramai juga peminat kecewa dengan layanan segelintir peminat England ke atas Saka di media sosial.

Mereka malah mengingatkan bahawa 2 pemain terbaik England dalam Piala Dunia 2022 adalah berkulit hitam iaitu Bukayo Saka dan Jude Bellingham.

Teringat kata kata Ozil ketika dia diserang dengan rasis. Ozil pernah berkata: “Ketika menang, saya adalah orang Jerman. Namun ketika kalah saya adalah imigran/pendatang.”

Itulah yang menimpa Saka. Dia dipuja sebagai bakat elit England ketika mereka menang. Namun disuruh berambus tinggalkan negara England ketika kalah.

Bukayo Saka menjadi pemain yang sedang meningkat naik pada ketika ini. Bersama Arsenal, dia menjadi pemain utama pasukan bimbingan Mikel Arteta.

Di dalam pasukan England dia turut menunjukkan prestasi cemerlangnya.

Jamie Redknapp antara pundit yang memuji prestasi Saka ketika berdepan Perancis. Yang dianggap sebagai ancaman utama Perancis sepanjang dia berada di atas padang.

Oleh sebab itu Jamie Redknapp mempersoalkan tindakan Gareth Southgate mengeluarkan pemain itu dan memasukkan Raheem Sterling. Kerana Southgate baru sahaja mengeluarkan pemain terbaik mereka.